Kesan Konflik Timur Tengah Terhadap Ekonomi Malaysia | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» ARTIKEL » Kesan Konflik Timur Tengah Terhadap Ekonomi Malaysia

Kesan Konflik Timur Tengah Terhadap Ekonomi Malaysia

Carian artikel oleh : En. Zainal Abidin Ahmad (Penolong Akauntan)

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/659559/bisnes/konflik-timur-tengah-bnm-bersedia-pastikan-pasaran-kewangan-kekal-teratur 

 

Bank Negara Malaysia (BNM) pada Isnin menyatakan pihaknya bersedia untuk menggunakan instrumen yang ada bagi memastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur dan terus berfungsi secara cekap dalam keadaan ketegangan geopolitik yang berterusan.

"BNM terus memantau keadaan pasaran kewangan dengan teliti dan akan menguruskan sebarang risiko yang berpunca daripada volatiliti pasaran kewangan," jelasnya dalam kenyataan susulan pernyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Timur Tengah

Bank pusat memaklumkan bahawa pihaknya telah mengadakan sesi libat urus dengan peserta pasaran kewangan, termasuk ketua operasi perbendaharaan, yang bersetuju bahawa sebarang ketidakpastian akan berkurang dan menjadi stabil apabila keadaan ketegangan geopolitik semakin reda.

Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur, tegasnya.

"Hal ini disokong oleh inisiatif berterusan yang sedang dilaksanakan bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat korporat dan pengeksport untuk terus membawa masuk aliran dan mudah tunai ke dalam pasaran pertukaran asing," tambah bank pusat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini sedang memantau rapat perkembangan konflik di Timur Tengah dan juga keadaan pasaran kewangan, termasuk kesan yang berpotensi terhadap Malaysia.

"Kerajaan akan bertindak dengan bijak untuk memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara. Kerajaan juga mengambil kira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada rakyat Malaysia," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Tarikh Input: 18/04/2024 | Kemaskini: 18/04/2024 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXFCCA0~