Fakta Sebenar Menolak Persepsi IPT Lubuk Rasuah | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» ARTIKEL » Fakta Sebenar Menolak Persepsi IPT Lubuk Rasuah

Fakta Sebenar Menolak Persepsi IPT Lubuk Rasuah

Carian Artikel Oleh : Pn. Marziati Md Din, Bahagian Audit Dalam UPM

Kredit: Karya asal oleh Dr Abdul Rahman Abdul Latip (Universiti Malaysia Terengganu). Artikel penuh mula diterbitkan di ruangan Tinta Minda, BERNAMA.

 

Artikel ini mengupas dan menolak persepsi negatif pihak tertentu yang melabelkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di Malaysia sebagai "lubuk rasuah". Penulis menegaskan bahawa generalisasi sebegini adalah keterlaluan, tidak adil, dan boleh menjejaskan reputasi lebih 40,000 warga akademik yang berkhidmat dengan penuh amanah.

Berdasarkan statistik SPRM, kes membabitkan warga IPT adalah kurang daripada 0.05 peratus, membuktikan lebih 99.95% warganya berkhidmat dengan jujur.

Selain itu, penulis turut memperincikan ketegasan tatakelola IPT di Malaysia yang melibatkan pelbagai peringkat semak dan imbang (check and balance). Ini termasuklah kawalan ketat pengurusan geran penyelidikan melalui Pejabat Pengurusan Penyelidikan (RMO) bersama Unit Audit Dalaman, serta prosedur pemarkahan akademik yang berlapis bagi mengelakkan sebarang salah guna kuasa. Secara keseluruhannya, sistem kawalan dalaman universiti berfungsi dengan cekap dan telus.

Tarikh Input: 31/07/2026 | Kemaskini: 31/07/2026 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
X, (06:39:21pm-06:44:21pm, 31 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]