CABARAN JURUAUDIT MENANGANI FRAUD DALAM PELAKSANAAN ESG | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» ARTIKEL » CABARAN JURUAUDIT MENANGANI FRAUD DALAM PELAKSANAAN ESG

CABARAN JURUAUDIT MENANGANI FRAUD DALAM PELAKSANAAN ESG

Carian Artikel oleh: En. Sharul Azman Ramli

Sumber : https://www.audit.gov.my/index.php/penerbitan2/pengauditan

 

Pelaksanaan ESG dalam syarikat Kerajaan sedikit sebanyak telah memberi cabaran kepada juruaudit. Cabaran utama ialah kemungkinan wujudnya penipuan (fraud) atau penyelewengan di pihak syarikat dalam pelaksanaan ESG. Menurut Fraud Triangle oleh Cressey (1969), kejadian fraud boleh berlaku apabila melibatkan interaksi antara tiga komponen iaitu tekanan, peluang dan rasionalisasi. Antara cabaran yang dikenal pasti ialah:

  1. Tekanan untuk memenuhi jangkaan ESG - syarikat menghadapi tekanan daripada pemegang taruh bagi mempamerkan sokongan pelaksanaan inisiatif ESG.
  2. Peluang untuk greenwashing dan manipulasi data - hebahan oleh syarikat dalam menyokong dasar ESG membuka peluang kepada greenwashing. Greenwashing melibatkan penyataan yang tidak berasas/tidak benar untuk memperdaya pengguna supaya mempercayai bahawa produk syarikat adalah mesra alam atau mempunyai kesan positif alam sekitar yang lebih besar daripada yang sebenarnya (fraudulent advertising/ESG reporting). Selain itu, dalam menghadapi tekanan bagi mempamerkan pencapaian kepada komitmen ESG, Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif berupaya memanipulasi data berkaitan melalui peluang yang wujud di mana tiada pihak ketiga berkelayakan yang diperlukan untuk mengesahkan pencapaian tersebut.
  3. Rasional (kerana aktiviti ESG mudah untuk dimanipulasi) - dalam keadaan syarikat menghadapi tekanan meningkatkan pencapaian komitmen ESG, pengurusan syarikat mungkin merasakan terdapat keperluan untuk manipulasi data dilakukan. 

 

Mekanisme kawalan bagi risiko fraud oleh pengurusan syarikat:

  1. mengambil kira pendekatan dan mekanisme ESG dalam penilaian risiko syarikat.
  2. mewujudkan ESG Compliance Framework bagi mengesan red flag dan mengukuhkan kawalan dalaman berkaitan pelaporan data ESG.
  3. melantik individu yang pakar melaksanakan due diligence kepada syarikat usaha sama.
  4. pemantauan dan penilaian mekanisme ESG dilaksanakan secara berterusan bagi mengelakkan greenwashing berlaku.

Juruaudit dituntut untuk mengaudit syarikat Kerajaan dengan lebih menyeluruh, mengambil kira perkembangan pesat dalam agenda ESG.  Penilaian audit terhadap risiko pelaksanaan ESG merupakan antara cabaran utama juruaudit pada masa kini. Pengetahuan yang meluas di kalangan juruaudit berkaitan konsep dan amalan ESG adalah kemestian, agar pendapat audit adalah saksama dan relevan. Cabaran utama yang dikenal pasti ialah kemungkinan wujudnya penipuan (fraud) atau penyelewengan di pihak syarikat dalam pelaksanaan ESG. Faktor yang merupakan pencetus kepada penyelewengan iaitu faktor tekanan daripada syarikat Kerajaan, faktor peluang untuk manipulasi data, serta faktor rasional mengapa sesuatu perlanggaran peraturan itu berlaku adalah antara cabaran yang dikenal pasti.

Artikel ini mempunyai limitasinya iaitu pertama, cabaran juruaudit yang diketengahkan dalam artikel ini yang menggunakan kaedah perbandingan fraud triangle mungkin berbeza sekiranya kaedah perbincangan kumpulan fokus dijalankan, bagi mengetahui sejauh mana pelaksanaan amalan ESG dalam syarikat boleh mempengaruhi pelaporan audit. Kedua, permasalahan dan persoalan yang diketengahkan di bahagian subtopik Permasalahan di atas adalah menjurus kepada tanggungjawab juruaudit dalam menilai risiko mengikut persekitaran auditi yang mengamalkan ESG. Aspek penilaian risiko dalam persekitaran kerja audit adalah luas, dan aspek lainnya seperti penilaian risiko dengan menggunakan bantuan IT juga perlu diambil kira. 

Tarikh Input: 21/11/2024 | Kemaskini: 21/11/2024 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
F, (08:06:27pm-08:11:27pm, 10 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]