Quality Assessment Review (QAR) Oleh Institute Of Internal Auditors Malaysia (IIA Malaysia) | INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
» NEWS » Quality Assessment Review (QAR) oleh Institute of Internal Auditors Malaysia (IIA Malaysia)

Quality Assessment Review (QAR) oleh Institute of Internal Auditors Malaysia (IIA Malaysia)

Serdang, Bahagian Audit Dalam pernah melaksanakan penilaian QAR oleh pihak IIA Malaysia pada tahun 2017 dan secara keseluruhannya telah mendapat sijil pematuhan (Generally Conforms) IIA's Standards for The Professional Practice of Internal Auditing.  

Sekali lagi pada tahun 2023, Bahagian Audit Dalam UPM melaksanakan semakan Quality Assessment Review (QAR) bagi memastikan IIA's Standards for The Profesional Practice of Internal Auditing dipatuhi secara berterusan dan Alhamdulillah telah berjaya mengekalkan tahap pematuhan “Generally Conforms” IIA's Standards for The Professional Practice of Internal Auditing

 

May be an image of 4 people, people studying, newsroom and text

 

Penilaian QAR di Bahagian Audit Dalam UPM telah dilaksanakan pada 23 hingga 26 Oktober 2023 oleh wakil IIA Malaysia iaitu Puan Nur Hayati Baharudin dan dibantu oleh En. Mohd Zaki Tahir dari Bahagian Audit Dalam Universiti Teknologi Mara (UiTM). Proses penilaian melibatkan semakan dokumen dan ujian keatas prosedur dan hasil penilian kendiri serta melibatkan temuduga bersama Pengerusi Jawatankuasa Audit UPM, Naib Canselor UPM, Pengarah PSPK, Bursar UPM, Ketua dan Staf  Bahagian Audit Dalam UPM. 

May be an image of 10 people, people studying, table, newsroom and hospital

Penilaian QAR turut dilaksakanan di dua(2) Universiti Awam lain iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). 

Pengiktirafan ini adalah penting sebagai penanda aras bagi memastikan pengauditan dibuat dengan betul dan mengikut Standard Pengauditan Antarabangsa. 

 

May be an image of 2 people

Date of Input: 30/11/2023 | Updated: 30/11/2023 | nurmiera

MEDIA SHARING

INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEcLAZ~