UPM Serdang, 8 Mac 2024 – Jawatankuasa EKSA Bahagian Audit Dalam telah menganjurkan Hari Pengumpulan Pakaian Terpakai yang akan dihantarkan ke Pusat Islam UPM. Program kali ini, barangan yang diterima bukan sahaja daripada kategori pakaian, malah turut menerima barangan berasaskan fabrik seperti langsir, cadar, selimut serta mainan dan barangan berasaskan kulit seperti tali pinggang, hadbag dan sebagainya.
Bahagian Audit Dalam telah mengambil peluang untuk menyertai program tersebut dan berjaya mendapatkan sumbangan pakaian terpakai dari kalangan staf Bahagian Audit Dalam. Terdapat melebihi sebnyak 10 buah beg pakaian terpakai telah berjaya dikumpulkan dan dihantar ke lokasi pengumpulan.
Ia merupakan inisiatif Bahagian Audit Dalam bagi menyokong amalan go green yang diterapkan oleh UPM. Sumbangan pakaian terpakai ini bukan sahaja dapat mengurangkan pembuangan pakaian di tempat pembuangan sampah malah dapat memberi kekemasan kepada rumah sendiri. Tambahan pula pakaian yang tidak elok boleh dapat ‘diselamatkan’ dan diberi ‘nyawa kedua’ dengan dikitar semula mengikut keperluan.
Diharap program seperti ini dapat dilakukan secara berkala setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran dikalangan staf bagi mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian.
Date of Input: 04/04/2024 | Updated: 17/04/2024 | muhammad.isam
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.