Amalan Sistem Pengurusan Kualiti Di Bahagian Audit Dalam Telah Dilaksanakan Dengan Baik Dan Berkesan | INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
» NEWS » Amalan Sistem Pengurusan Kualiti di Bahagian Audit Dalam telah dilaksanakan Dengan Baik dan Berkesan

Amalan Sistem Pengurusan Kualiti di Bahagian Audit Dalam telah dilaksanakan Dengan Baik dan Berkesan

By : En. Sharul Azman Ramli (Pegawai Kewangan, Bahagian Audit Dalam)

 

Entiti Pejabat Naib Canselor telah selesai melaksanakan audit dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Keselamatan  Maklumat (ISMS)  ISO/IEC 27001:2013 antara 13 hingga 19 Jun 2023 dan daBahagian Audit Dalaman telah selesai menjalani audit dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 pada 16 Jun 2023. Mesyuarat pembukaan audit telah diadakan pada 13 Jun 2023 jam 9.00 pagi di Bilik Lembaga dan dihadiri oleh Pn Noorizai Mohamad Noor Timbalan Wakil Pengurusan (TWP) Pejabat Naib Canselor, En Asrizam Esam (KJAD QMS), Cik Suzalina Akma Awing (KJAD ISMS), Ketua PTJ, wakil PTJ dan juruaudit entiti Pejabat Naib Canselor.

 

Audit dalaman di Bahagian Audit Dalaman diketuai oleh Pn Nor Shazwani Izyan Ayub serta dibantu oleh En Mohd Khairul Jusoh@Yusof dan En Abdul Muthalib Kamarudin telah dilaksanakan pada 16 Jun 2023. Kumpulan juruaudit serta Ketua Pentadbiran Pejabat Naib Canselor telah diberikan penerangan berkaitan fungsi dan aktiviti Bahagian Audit Dalam oleh Pn Zainora Abdul Talib (Ketua, Bahagian Audit Dalam). Pengauditan telah dilaksanakan dengan membuat temubual, semakan dokumen dan pemeriksaan fizikal.

 

Secara keseluruhannya kumpulan juruaudit berpuashati dan berpendapat amalan sistem pengurusan kualiti yang dilaksanakan di Bahagian Audit Dalam telah dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Tiada sebarang penemuan dilaporkan di Bahagian Audit Dalam. Ketua Bahagian Audit Dalam merakamkan terima kasih kepada kumpulan juruaudit QMS ISO 9001:2015 yang melaksanakan audit dalaman dalaman di Bahagian Audit Dalam.

 

Mesyuarat penutup pada 19 Jun 2023 di Bilik Mesyuarat Senat dan dihadiri oleh Pn Noorizai Mohamad Noor Timbalan Wakil Pengurusan (TWP) Pejabat Naib Canselor, En Asrizam Esam (KJAD QMS), Cik Suzalina Akma Awing (KJAD ISMS), Ketua PTJ, wakil PTJ dan juruaudit entiti Pejabat Naib Canselor. En Asrizam Esam (KJAD QMS) dan Cik Suzalina Akma Awing (KJAD ISMS) telah membentangkan hasil penemuan sepanjang audit dalaman dilaksanakan. 

 

 

 

 

Date of Input: 22/06/2023 | Updated: 26/06/2023 | muhammad.isam

MEDIA SHARING

INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEbXAZ~