UPM Anjur Forum MADANI 2023 | INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
» NEWS » UPM anjur Forum MADANI 2023

UPM anjur Forum MADANI 2023

SERDANG, 26 Dis - Pelajar Tahun Tiga Kursus EOH3403 Kawalan dan Pengurusan Penyakit Berjangkit dengan kerjasama Kelab Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (ENVOCH), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Forum MADANI 2023 "Pengurusan Penyakit Berjangkit: Tanggungjawab Kami" bagi meningkatkan pengetahuan untuk memutuskan rantaian penyakit berjangkit.

Ketua program, Ahmad Nur Aiman Ishak berkata, forum tersebut bertujuan memberi pendedahan dalam mengawal serta mengurus penyakit berjangkit di tempat kerja dan komuniti dengan lebih terperinci dan peranan pegawai yang terlibat.

Forum yang bertajuk ‘Pengurusan Penyakit Berjangkit: Tanggungjawab Kami’ telah menghimpunkan seramai 159 peserta bagi memberi pengetahuan dan pendedahan dalam mengawal dan mengurus penyakit berjangkit di tempat kerja dan komuniti dengan lebih terperinci. 

"Penganjuran forum ini juga mempunyai kepentingan khusus memandangkan kesihatan awam yang menjadi kebimbangan berterusan di Malaysia. Para peserta terlibat secara aktif sepanjang forum dalam perbincangan dan senario praktikal kesihatan awam bagi melengkapkan mereka dengan pengetahuan untuk menangani cabaran akan datang dengan berkesan,” katanya.

Date of Input: 28/12/2023 | Updated: 28/12/2023 | muhammad.isam

MEDIA SHARING

INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEdCAL~