Preparation Of Annual Audit Plan Based On University's Strategic Risk | INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
» NEWS » Preparation of Annual Audit Plan based on University's Strategic Risk

Preparation of Annual Audit Plan based on University's Strategic Risk

Oleh : Mohd Azis Abdullah, Pegawai Kewangan(Bahagian Audit Dalam UPM)

Serdang 20 Januari : Bahagian Audit Dalam Universiti Putra Malaysia telah menerima lawatan dari 3 pekerja Bahagian Audit Dalam Universiti Pertahanan Malaysia.

Lawatan ini diketuai oleh Puan Tuan Azlina Tuan Hussin selaku Ketua Audit Dalam UPNM dan disambut oleh Puan Zainora Abdul Talib, Ketua Audit Dalam UPM.

Ini merupakan lawatan pertama yang diterima oleh Bahagian Audit Dalam UPM bagi tahun 2020. Lawatan ini adalah bertujuan membincangkan dan berkongsi mengenai proses kerja audit di UPM dan kaedah yang digunapakai dalam penyediaan Rancangan Audit Tahunan.

 

Dalam perbincangan, Zainora turut berkongsi mengenai kaedah penilaian awal sebelum menjalankan pengauditan yang dijalankan dengan membangunkan Risk Control Assessment Matrix bagi menilai kemungkinan risiko-risiko yang berlaku dalam kriteria yang ditetapkan dan jangkaan kawalan dalam bagi setiap risiko.

Bagi kaedah penyediaan rancangan audit tahunan, Zainora juga memaklumkan penyediaan rancangan audit tahunan yang disediakan adalah selari dengan risiko strategik UPM yang melipuiti Audit Universe. Tambah beliau, tujuan risk based audit adalah bagi meningkatkan pengawasan terhadap kawalan dalaman dan membantu pihak pengurusan mengukur risiko Universiti.

 

Lawatan berakhir dengan sesi bergambar dan pemberian cenderahati oleh Ketua Audit Dalam UPNM.

Date of Input: 23/01/2020 | Updated: 25/11/2020 | faiz_suparman

MEDIA SHARING

INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEZFA5~