PENILAI LUAR OLEH INSTITUT JURUAUDIT DALAM MALAYSIA | INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
» NEWS » PENILAI LUAR OLEH INSTITUT JURUAUDIT DALAM MALAYSIA

PENILAI LUAR OLEH INSTITUT JURUAUDIT DALAM MALAYSIA

News prepared by: Mr. En. Sharul Azman Ramli

 

Pelaksanaan penilaian luar oleh Institut Juruaudit Dalam Malaysia di Bahagian Audit Dalam telah selesai dilaksanakan pada 23 hingga 26 Oktober 2023.  Penilaian luar merupakan keperluan standard International Profesional Practice Framework.

 

Standard 1312 menetapkan penilaian luar perlu dilaksanakan sekali bagi setiap lima tahun oleh penilaian luar bebas dan berkelayakan. Penilaian luar pada tahun 2023 merupakan penilaian luar kali kedua dilaksanakan di Bahagian Audit Dalam selepas kali pertama dilaksanakan pada tahun 2017.

 

Penilaian ini merupakan sebahagian daripada program jaminan kualiti yang dilaksanakan di Bahagian Audit Dalam.  Tujuan penilaian adalah bagi:-

  1. Bagi menilai aktiviti audit dalam dilaksanakan mematuhi standard International Professional Practice of Internal Auditing (Standards);
  2. Bagi menilai keberkesanan aktiviti audit dalam; dan
  3. Mengenalpasti peluang penambahbaikan aktiviti audit dalam.

 

Penilaian melibatkan  4 komponen utama utama iaitu Internal Audit Governance, Internal Audit Staf, Internal Audit Managagement dan Internal Audit Process. Penilaian melibatkan semakan dokumen dan temubual dengan Pengerusi Jawatankuasa Audit, Naib Canselor, Bursar dan Timbalan Pengarah Pejabat Strategi dan Pengurusan Korporat.

 

Date of Input: 31/10/2023 | Updated: 31/10/2023 | muhammad.isam

MEDIA SHARING

INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEcLAJ~