Internal Audit Division UPM Committed In EKSA | INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
» NEWS » Internal Audit Division UPM Committed In EKSA

Internal Audit Division UPM Committed In EKSA

SERDANG - 20 Oktober 2020, Jawatan Kuasa Pelaksana EKSA, Bahagian Audit Dalam telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA),  secara atas talian yang melibatkan semua Jawatan kuasa dan Ketua Zon EKSA.

 

Tujuan bengkel diadakan adalah untuk persediaan ke arah peralihan sepenuhnya daripada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S kepada EKSA pada tahun 2021,

 

EKSA merupakan salah satu projek bitara MAMPU yang telah dibangunkan dan dilaksanakan dalam sektor awam sekitar tahun 2013 lagi. Antara objektif yang disasarkan adalah untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti kerja, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi, meningkatkan imej korporat dan mewujudkan pembudayaan amalan hijau di tempat kerja.

 

Bengkel  disertai oleh 9 orang yang terdiri Jawatan kuasa dan Ketua Zon EKSA. Program dimulakan dengan perbincangan penambahbaikan yang dicadangkan untuk setiap zon berdasarkan Garis Panduan EKSA UPM dan kriteria penilaian EKSA.

 

Sesi kedua bengkel disudahi dengan pembentangan dan cadangan bajet yang diperlukan bagi kerja-kerja penambahbaikan yang disenaraikan.

Date of Input: 20/11/2020 | Updated: 20/11/2020 | faiz_suparman

MEDIA SHARING

INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEVAAa~