GOTONG-ROYONG EKSA BAHAGIAN AUDIT DALAM SIRI 2/2023 | INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
» NEWS » GOTONG-ROYONG EKSA BAHAGIAN AUDIT DALAM SIRI 2/2023

GOTONG-ROYONG EKSA BAHAGIAN AUDIT DALAM SIRI 2/2023

Berita disediakan oleh: Pn. Marziati Md Din (Pegawai Kewangan)

 

UPM SERDANG 10 November 2023 – Bahagian Audit Dalam telah mengadakan aktiviti gotong royong siri 2/2023 dalam melestarikan amalan EKSA selaras dengan hasrat Universiti mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.

Aktiviti kali ini memfokuskan kepada penambahbaikan bilik pegawai, pembersihan penghawa dingin, tanaman semula di laman hijau dan mengemaskini Sudut Go Green. Sarapan pagi disediakan secara potluck sebelum aktiviti gotong royong bermula pada jam 9 pagi.

Pembahagian tugas adalah di bahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Kumpulan A bertanggungjawab untuk membersih dan mengemaskini Sudut Kitar Semula, Kumpulan B ditugaskan untuk memasang stiker pada bilik pegawai manakala Kumpulan C pula perlu menjalankan projek tanam semula di ruang laman hijau.

Matlamat gotong-royong adalah untuk memupuk semangat kerja berpasukan dan meneruskan hasrat untuk membudayakan amalan EKSA di tempat kerja.

Aktiviti gotong royong berakhir pada jam 12.15 tengahari.

 

Date of Input: 29/11/2023 | Updated: 29/11/2023 | muhammad.isam

MEDIA SHARING

INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEcDA6~