GOLDEN FIT CYCLING PROGRAM 2021 | INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
» NEWS » GOLDEN FIT CYCLING PROGRAM 2021

GOLDEN FIT CYCLING PROGRAM 2021

Berita disediakan oleh : En. Zainal Abidin Ahmad

 

PROGRAM KAYUHAN GOLDEN FIT 2021

 

Bersempena dengan sambutan Jubli Emas UPM yang ke 50, Pihak Persatuan Alumni UPM telah menganjurkan satu aktiviti secara virtual(maya). Program ini dinamakan Program Alumni Golden Fit, yang mana setiap peserta diminta untuk melengkapkan syarat larian atau pun aktiviti pergerakan sejauh 10 kilometer yang telah ditetapkan. Penyertaan adalah secara berkumpulan atau pun individu.

Bagi menyahut cabaran ini, pihak Bahagian Audit Dalam, UPM telah mengambil inisiatif untuk menyertai acara program ini dengan menggunakan medium kenderaan basikal. Ini adalah untuk memudahkan pergerakan dan mengurangkan risiko serta menjimatkan masa dan meminimakan kontrak antara peserta semasa aktiviti bagi mematuhi SOP di dalam situasi pandemic ini.

Acara yang disertai oleh oleh Bahagian Audit Dalam ini dinamakan Program Kayuhan Golden Fit 20201 yang mana kami menggunakan basikal untuk melengkapkan pergerakan sejauh 10 kilometer tersebut. Program ini telah dijalankan pada Tarikh 2 April 2021 (Jumaat). Tempoh masa yang di ambil untuk melengkapkan program ini adalah selama lebih kurang empat(4) jam bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Program ini telah disertai oleh seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Bahagian Audit Dalam serta ahli keluarga yang dibenarkan. Lokasi aktiviti adalah di dalam kampus UPM sendiri tanpa melibatkan kawasan luar dari kampus UPM.

Aktiviti ini bermula dari perkarangan Bangunan Pejabat Putra Science Park, UPM (MTDC) dan berakhir di lokasi yang sama juga. Perjalanan merangkumi pit-stop di check point 1 di FACE, UPM, berhenti rehat seketika dan minum pagi di check point ke dua di Bukit Ekspo (TPU) dan kemudiannya Kembali  ke lokasi penamat di perkarangan Bangunan Pejabat Putra Science Park, UPM (MTDC). Alhamdulillah, kesemua peserta dari Bahagian Audit Dalam UPM dapat menamatkan dan menyempurnakan kayuhan jarak sejauh 10 kilometer tersebut dengan lancar tanpa sebarang masalah. 

Anggaran jarak yang telah dilalui oleh peserta dalam aktiviti ini adalah seperti di bawah :

 

 

 

Objektif program Kayuhan Golden Fit 2021 ini untuk menyahut seruan pihak UPM bagi menyokong Program Sambutan Jubli Emas ke 50 UPM secara maya. Di samping itu juga, aktiviti ini juga dapat :

  1. Membudayakan amalan menjaga kesihatan persekitaran dikalangan staf;
  2. Menjalin dan mengeratkan hubungan sirahtulrahim; dan
  3. Memberi inspirasi untuk terus kekal mengamalkan gaya hidup sihat.

 

Di samping itu juga, kami ingin membuktikan bahawa aktiviti fizikal juga dapat dilakukan walaupun di dalam situasi kawalan pergerakan yang ketat dengan mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.

Secara kesimpulannya, kami daripada Bahagian Audit Dalam UPM, amat berbangga dan berbesar hati dapat melibatkan diri di dalam menyertai dan memeriahkan  lagi Program Sambutan Jubli Emas UPM ini.

Date of Input: 23/08/2021 | Updated: 23/08/2021 | nurmiera

MEDIA SHARING

INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXETCAi~