Congratulation 5S Internal Audit Division Committee | INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
» NEWS » Congratulation 5S Internal Audit Division Committee

Congratulation 5S Internal Audit Division Committee

 

 

Serdang, 28 Oktober 2016. UPM telah melaksanakan Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Peringkat UPM pada 28 Oktober 2016 bagi menyokong agenda transformasi Negara dalam merealisasikan inovasi dan kreativiti dalam penyampaian perkhidmatan. Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi UPM bertujuan untuk meningkatkan  kesedaran warga UPM terhadap kepentingan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kerja, memupuk dan memperkukuh nilai-nilai budaya inovasi dan kreativiti di UPM, merealisasikan pengamalan proses, pendekatan dan budaya berteraskan ciri-ciri inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan, dan menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

 

Bahagian Audit Dalam telah memenangi tempat ke-3 dalam Anugerah Amalan 5s. Semoga dengan pencapaian ini akan mempertingkatkan lagi usaha ke tempat pertama pada tahun hadapan.

 

 

Date of Input: | Updated: 22/01/2019 | faiz_suparman

MEDIA SHARING

INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEaWAl~