BICARA ASPIRASI LPU BERSAMA PENGERUSI JKA | INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
» NEWS » BICARA ASPIRASI LPU BERSAMA PENGERUSI JKA

BICARA ASPIRASI LPU BERSAMA PENGERUSI JKA

SERDANG 8 April 2021, UPM – Kelab Kebajikan dan Sosial, Bahagian Audit Dalam telah berjaya menganjurkan program Bicara Aspirasi LPU bersama YBhg. Dato' Dr. Hasan Mad (Pengerusi Jawatankuasa Audit, UPM) bertempat di L' apprenti Restaurant & Deli, UPM.

 

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pekerja Bahagian Audit Dalam tentang struktur tadbir urus Universiti dan bagaimana Bahagian Audit Dalam dapat membantu Universiti untuk merealisasikan visi dan misi yang telah ditetapkan. Pemahaman yang jelas tentang Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), fungsi Lembaga Pengarah Universiti dan peranan pihak pengurusan Universiti sebagai badan eksekutif dapat membantu Bahagian Audit Dalam untuk kekal relevan dalam melaksanakan fungsinya.

 

 

Program Bicara Aspirasi LPU bersama Pengerusi Jawatankuasa Audit ini juga diselitkan beberapa aktiviti seperti pertandingan kuiz antara kumpulan dan ceramah penghayatan Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Zuhaimi Abdul Rahim dari Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (Wazan). Di akhir program, YBhg. Dato’ Dr. Hasan Mad juga telah menyampaikan hadiah kepada tiga kumpulan yang berjaya dalam pertandingan kuiz yang dilaksanakan.

 

Berita disediakan oleh : En. Mohd Azis Bin Abdullah

Date of Input: 19/04/2021 | Updated: 19/04/2021 | nurmiera

MEDIA SHARING

INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEaUAN~