BAHAGIAN AUDIT DALAM UPM SEBAGAI RUJUKAN SAIV DAN PROSES KERJA AUDIT | INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
» NEWS » BAHAGIAN AUDIT DALAM UPM SEBAGAI RUJUKAN SAIV DAN PROSES KERJA AUDIT

BAHAGIAN AUDIT DALAM UPM SEBAGAI RUJUKAN SAIV DAN PROSES KERJA AUDIT

Oleh : Mohd Faiz Suparman

 

Serdang 26 November – Bahagian Audit Dalam telah menerima lawatan kerja daripada 6 pekerja Unit Audit Dalam Universiti Malaysia Perlis yang diketuai oleh Encik Zulfatah bin Dzulkarnain, Pengarah Unit Audit Dalam UniMAP.

Lawatan kerja satu hari ini disambut oleh Ketua Bahagian Audit Dalam UPM, Puan Zainora Abdul Talib. Tujuan lawatan ini adalah bagi membincangkan dan berkongsi pengalaman berkaitan Bahagian Audit Dalam UPM mengenai penilaian Self-Assessment with Independent Validation dan juga kaedah kerja pengauditan yang dilaksanakan oleh Bahagian Audit Dalam UPM.

Sebagai rekod, Bahagian Audit Dalam UPM telah mematuhi IIA's Standards for The Profesional Practice of Internal Auditing pada 10 Ogos 2017 berdasarkan penilaian bebas yang telah dilaksanakan oleh pihak Institute of Internal Auditors Malaysia (IIA Malaysia)

Dalam perbincangan, Zainora turut berkongsi mengenai kaedah penilaian awal sebelum menjalankan pengauditan yang dijalankan dengan membangunkan Risk Control Assessment Matrix bagi menilai kemungkinan risiko-risiko yang berlaku dalam kriteria yang ditetapkan dan jangkaan kawalan dalam bagi setiap risiko.

Zainora juga menerangkan mengenai tujuan pelaksanaan Self-Assessment with Independent Validation seperti yang dinyatakan dalam Standard 1312 , Penilaian oleh penilai bebas keatas aktiviti audit dalam perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalm setiap 5 tahun. Objektif penilaian oleh pihak luar adalah bagi menilai pematuhan aktiviti audit dalam selari dengan Piawaian dan Kod Etika yang ditetapakan oleh Institute of Internal Auditors MALAYSIA.

Beliau yang juga merupakan Ketua Biro Pemantapan Kualiti(BPQ) Jawatankuasa Ketua Audit Dalam Universiti Awam menekankan supaya setiap Audit Dalam Universiti Awam menjalankan penilaian kendiri Self-Assessment with Independent Validation sebagai penanda aras bagi memastikan pengauditan dibuat dengan betul dan mengikut Standard Pengauditan Antarabangsa dan persediaan pengiktirafan Universiti Awam oleh Institute of Internal Auditor Malaysia (IIA).

Tambah beliau, bermula Disember 2018 sehingga Ogos 2019 BPQ telah menjalankan semakan Quality Assurance Review yang melibatkan 5 buah Universiti yang diketuai oleh Ketua-Ketua Audit Dalam Universiti Awam.

Image may contain: 14 people, including Mohd Azis, Sazman Ramli, Nor Enie and Nor Anidah Rosli, people smiling, people standing and indoor

 

Date of Input: 05/12/2019 | Updated: 05/12/2019 | faiz_suparman

MEDIA SHARING

INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdNAB~