GARIS PANDUAN MENGENAI PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN, LEMBAGA PENGARAH DAN KETUA EKSEKUTIF DALAM PENGURUSAN BADAN-BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
Surat Pekeliling Am ini beserta Garis Panduan Mengenai Peranan dan Tanggungjawab Kementerian, Lembaga Pengarah dan Ketua Eksekutif Dalam Pengurusan Badan-badan Berkanun Persekutuan seperti di lampiran bertujuan untuk memperkemas dan memperkukuhkan pelaksanaan peraturan dan prosedur berkaitan dengan pengurusan Badan-badan Berkanun Persekutuan.