Organization Chart | INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
» COMMITTEE » Internal Audit Division Club » Organization Chart

Organization Chart

 

BIL

KEANGGOTAAN

TANGGUNGJAWAB

1

Penasihat/Penaung

  • Memberi galakan dan sokongan kepada jawatankuasa dalam melaksanakan aktiviti.
  • Memberi nasihat dan pandangan kepada jawatankuasa.
  • Membantu jawatankuasa dalam mendapatkan peruntukan kewangan.

2

Pengerusi

  • Bertanggungjawab dalam mengguruskan pentadbiran dan aktiviti kelab.
  • Membuat perbincangan bersama penasihat untuk setiap aktiviti yang dijalankan.
  • Memberikan arahan yang tepat dan jelas kepada semua ahli jawatankuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti.

3

Bendahari

  • Mengurus dan bertanggungjawab berkenaan semua hal-hal kewangan kelab.
  • Menyediakan penyata kewangan untuk setiap aktiviti kelab.
  • Membentangkan penyata kewangan di Mesyuarat Bahagian Audit Dalam.
  • Melaporkan  kedudukan  kewangan  sekiranya  diminta   di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
  • Menjalankan  tugas-tugas  lain yang diarahkan  oleh  Pengerusi dari semasa ke semasa.
  • Bertanggungjawab keatas keselamatan kutipan yuran, hasil koperasi dan menyimpan semua resit-resit dan rekod keluar masuk .
  • Membelanjakan dana kelab bagi perbelanjaan yang sewajarnya.

4

Setiausaha

  • Mengurus hal mesyuarat, mencatat dan menyimpan semua minit mesyuarat dan dokumen kelab.
  • Menyediakan laporan tahunan kelab.
  • Mendapatkan status laporan exco yang terlibat bagi pembentangan di mesyuarat.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi/Bahagian Audit Dalam dari semasa ke  semasa.

5

Exco Kerohanian

  • Memperluas aktiviti jaringan masyarakat bagi pihak Bahagian Audit Dalam sekali setahun menerusi pelbagai program bersemuka.
  • Melaksanakan program lawatan Bahagian Audit Dalam sekali setahun.
  • Memantapkan perpaduan dan keharmonian dikalangan pekerja audit dalam dan PTJ/Agensi Luar di peringkat komuniti melalui pendampingan sosial (social outreach).
  • Menguruskan aktiviti-aktiviti keagamaan dan moral untuk membudayakan akhlak mulia dalam kalangan ahli kelab.
  • Menjalankan  tugas-tugas lain yang  berkaitan untuk menyokong pelaksanaan aktiviti dan program exco-exco lain.

6

Exco Kesihatan

  • Melaksanakan program kesukanan dan gerak cergas Bahagian Audit Dalam.
  • Menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dirancang.
  • Mengadakan program yang berunsurkan amalan sihat pekerja Bahagian Audit Dalam sekurang-kurangnya sekali setahun.
  • Menyediakan sokongan dan bantuan kesihatan kepada pekerja yang memerlukan.
  • Menjalankan  tugas-tugas lain yang  berkaitan untuk menyokong pelaksanaan aktiviti dan program exco-exco lain.

7

Exco Kebajikan Sosial

  • Merancang dan melaksanakan program-program yang membangunkan keharmonian dalam organisasi.
  • Merancang program-program berbentuk kebajikan seperti pungutan derma, kebajikan, lawatan ke rumah ahli-ahli yang ditimpa kemalangan atau bencana.
  • Melaksana dan cakna terhadap ahli kelab yang menerima berita baik seperti kelahiran, perkahwinan, hadiah, ulang tahun kelahiran dan lain-lain.
  • Menyediakan sokongan dan bantuan kepada pekerja yang memerlukan, termasuk dalam situasi kecemasan.
  • Menjalankan  tugas-tugas lain yang  berkaitan untuk menyokong pelaksanaan aktiviti dan program exco-exco lain.

8

Exco Penyelarasan dan Projek Khas
  • Memberikan bantuan dan sokongan dalam pelaksanaan program-program yang melibatkan pelbagai PTJ.
  • Membantu aktiviti  yang menyokong kesedaran dan pemahaman mengenai amalan EKSA.
  • Memberi bantuan teknikal keatas program/aktiviti yang dilaksanakan di Bahagian Audit Dalam.
  • Memberikan nasihat dari aspek komunikasi dan perhubungan awam antara exco.
  • Merancangan pembudayaan kualiti dan inovasi dalam tugasan di Bahagian Audit Dalam.

9

Juruaudit

  • Menjalankan semakan berkala ke atas pengesahan penyata kewangan kelab sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
  • Melaporkan penyalahgunaan dana yang dikumpulkan sekiranya ada
  • Memastikan setiap tunai keluar dan masuk direkodkan dengan betul

 

 

 

Updated:: 26/09/2025 [faiz_suparman]

MEDIA SHARING

INTERNAL AUDIT DEPARTMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
Z, (11:09:25pm-11:14:25pm, 02 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]