» AUDITI ACCESS » Financial Diagnostics - Accountability Index
Financial Diagnostics - Accountability Index
Anugerah Indeks Akauntabiliti merupakan penjenamaan semula daripada Anugerah Pengurusan Aset yang diperkenalkan pada tahun 2013. Anugerah ini diperkenalkan semula pada tahun 2017 dan kekal sebagai salah satu komponen penilaian dalam Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran. Penilaian dibuat secara objektif bagi menilai prestasi pengurusan kewangan di setiap Pusat Tanggungjawab.
Objektif :
Meningkatkan kefahaman pentadbir dan pegawai yang bertanggungjawab ke atas tugas kewangan di PTJ mengenai pematuhan ke atas peraturan-peraturan kewangan ke arah pengurusan kewangan yang lebih cekap dan efisien; dan
Membantu meningkatkan pemahaman pegawai PTJ berkaitan proses kewangan sedia ada.
Kriteria/ Syarat :
Penilaian adalah melibatkan 71 Pusat Tanggungjawab di bawah Skop QMS UPM
Sebanyak 7 elemen pengurusan kewangan PTJ akan dinilai yang melibatkan perkara berikut:-
Pengurusan Organisasi
Pengurusan Penerimaan/ Hasil
Pengurusan Perolehan
Pengurusan Akaun Amanah
Pengurusan Aset
Pengurusan Stor
Pengurusan Kenderaan
Skop Penilaian :
Penilaian akan dibuat bagi tempoh antara 01 Jun 2025 hingga 30 Jun 2026
Markah pencapaian PTJ dibuat dengan mengambil kira :
Markah Keseluruhan Penilaian Kendiri Diagnostik Pengurusan Kewangan yang telah diinput dan dokumen sokongan yang dimuat naik oleh PTJ bagi tempoh 01 Jun 2025 sehingga 30 Jun 2026; dan
Bahagian Audit Dalam akan membuat semakan ke atas elemen utama penilaian.