Fahami Cara COVID-19 Beri Impak Kepada Rakyat Dan Ekonomi | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» ARTIKEL » Fahami cara COVID-19 beri impak kepada rakyat dan ekonomi

Fahami cara COVID-19 beri impak kepada rakyat dan ekonomi

Carian artikel oleh : Pn. Nurul Ezani Abdul Malek

Sumber : Astro Awani

 

COVID-19, nama yang cukup menggerunkan semua umat manusia di dunia ini. Saban hari, peningkatan angka jangkitan dan korban akibat koronavirus ini semakin membimbangkan.

Malah kesan akibat pandemik COVID-19 kepada negara bukan sedikit, malah hampir melumpuhkan ekonomi dunia. Pensyarah Jabatan Ekonomi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkongsikan carta mengenai impak COVID-19 kepada ekonomi dan bagaimana Pakej Rangsangan PRIHATIN berupaya membantu.

 

 

Katanya, COVID-19 memberi impak kepada ekonomi rakyat pada masa kini melalui tiga saluran iaitu:

(i) penurunan permintaan eksport,

(ii) penurunan permintaan domestik dan

(iii) kesan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau percaya ketiga-tiga saluran ini memberi impak berbeza kepada rakyat bergantung kepada kumpulan pendapatan mereka, bandar atau luar bandar dan sektor pekerjaan formal atau informal.

Beliau juga berpendapat bantuan yang lebih bersasar adalah lebih baik daripada yang bersifat “universal”.

 

Tarikh Input: 28/04/2020 | Kemaskini: 28/04/2020 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXETMAi~