Machine Learning Dalam Pengauditan : Aplikasi Semasa Dan Masa Hadapan | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» ARTIKEL » Machine Learning dalam pengauditan : Aplikasi semasa dan masa hadapan

Machine Learning dalam pengauditan : Aplikasi semasa dan masa hadapan

Carian artikel oleh : En. Mohd Azis Abdullah (Peg. Kewangan)

 

Sumber : CPA Journal (https://www.cpajournal.com/2020/07/16/icymi-machine-learning-in-auditing/)

 

Aplikasi teknologi Machine Learning dalam proses kerja pengauditan berpontensi memberi penambahbaikan ketara terutama dalam mempercepatkan pengauditan dan menambahbaik kualiti pengauditan. Machine Learning ialah subset utama kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mengetengahkan idea bahawa mesin boleh diajar untuk belajar dengan cara yang serupa dengan cara manusia belajar.

Peningkatan penggunaan Internet dan kemajuan dalam kelajuan pemprosesan komputer serta penyimpanan data, kini telah menjadikan Machine Learning sebagai komponen penting dalam kehidupan moden. Contoh Machine Learning boleh didapati dalam penapis spam e-mel, perisian pemantauan kredit, carian berita dan fungsi pengiklanan sasaran syarikat teknologi seperti Facebook dan Google.

Teknologi Machine Learning dalam pengauditan masih dalam fasa penyelidikan dan pembangunan. Walaupun teknologi ini masih belum digunakan secara meluas, ia membantu dalam proses menganalisis data audit berskala besar terutama yang melibatkan data proses yang berulang bagi mempercepatkan dan menambahbaik kualiti pengauditan.

Di antara fungsi teknologi Machine Learning yang boleh diaplikasikan dalam pengauditan adalah:-

  • Penggunaan Machine Learning dalam pengurusan dokumen kontrak bagi menganalisis format, terma kontrak dan mengenalpasti klasifikasi perbelanjaan modal atau operasi yang membolehkan juruaudit memberi fokus kepada kontrak yang berisiko tinggi;
  • Penggunaan Machine Learning dalam analisis jurnal perakaunan bagi mengenalpasti kesilapan atau manipulasi perakaunan yang membolehkan juruaudit menguji setiap catatan jurnal yang dibuat oleh syarikat pada tahun tertentu; dengan menundukkan semua catatan jurnal kepada ujian dan memfokuskan hanya pada transaksi yang berisiko tinggi;
  • Penggunaan Machine Learning dalam fraud dalam proses temubual bagi menganalisis ketepatan maklumat yang disampaikan berdasarkan penggunaan perkataan, riaksi wajah dan lain-lain; dan
  • Penggunaan Machine Learning dalam mengenalpasti potensi penjanaan pendapatan dengan membuat analisis maklumat pelanggan, produk dan jualan bagi memastikan tiada fraud dalam pelaporan kewangan.

Tarikh Input: 25/07/2022 | Kemaskini: 25/07/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDdKAH~