SESI PERKONGSINGAN ILMU BAHAGIAN AUDIT DALAM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » SESI PERKONGSINGAN ILMU BAHAGIAN AUDIT DALAM

SESI PERKONGSINGAN ILMU BAHAGIAN AUDIT DALAM

Berita disediakan oleh: En. Zainal Abidin Ahmad (Penolong Akauntan, Bahagian Audit Dalam)

 

SERDANG - 13/9/2023 satu sesi perkongsian kepada kakitangan di bahagian Audit Dalam telah di adakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Audit pada jam 8.30 pagi. Sesi perkongsian ini adalah salah satu aktiviti bulanan bagi Bahagian Audit. Tujuannya adalah untuk bersama berkongsi setiap dapatan atau maklumat dari sebarang kursus, seminar, pengauditan dan sebagainya untuk manfaat ilmu warga bahagian Audit Dalam.

Sesi perkongsian pada 13/9/2023 ini adalah berkaitan pengauditan bertajuk AUDIT PENGURUSAN KONTRAK PERKHIDMATAN SOKONGAN HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS). Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Puan Marziati Md. Din (Juruaudit) daripada Seksyen Pengauditan Governan dan Pematuhan, Bahagian Audit Dalam, UPM.

Perkongsiannya berkisar tentang dapatan-dapatan dan isu yang ditemui ketika melakukan pengauditan di Hospital Sultan Absul Aziz Shah, UPM. Secara amnya, antara isu yang ditemui adalah berkenaan dengan terma dan syarat di dalam perjanjian  yang tidak dipatuhi dengan sepenuhnya dan juga tidak jelas.

Secara keseluruhannya, segala peralatan yang diperolehi dan digunakan di HSAAS ini adalah Baharu dan berteknologi terkini serta bernilai tinggi. Justeru, terdapat beberapa kesukaran bagi pihak pengurusan HSAAS dan juga pihak pembekal untuk menguruskannya dengan lancar dan teratur pada permulaannya.

Namun, tujuan pengauditan ini dilakukan dan juga segala penemuan dan isu-isu yang dibentangkan adalah untuk membantu pihak pengurusan HSAAS untuk menjalankan operasi dan menyampaikan khidmat kepada pihak pelanggan dengan lebih cekap dan berada pada tahap yang terbaik secara keseluruhannya.

Tarikh Input: 27/09/2023 | Kemaskini: 09/10/2023 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEeAAc~