UTAMA | BAHAGIAN AUDIT DALAM

Piagam Pelanggan Audit Dalam

Bahagian Audit Dalam UPM beriltizam :-

  • Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan kepada standard pengauditan antarabangsa;
  • Menyediakan laporan audit yang seimbang, jelas dan mudah difahami; dan
  • Memberi pendapat dan syor-syor yang membina.

 

Garis Panduan Pengurusan Kewangan

Berikut adalah beberapa pautan yang boleh dirujuk oleh pihak Pusat Tanggungjawab(PTJ) bagi memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan dengan teratur mengikut pekeliling dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh universiti.

  1. Garis Panduan Pengurusan Aset
  2. Garis Penduan Pengurusan Stor
  3. Garis Panduan Pengurusan Kenderaan

 

Takrif Etika Kerja

Etika Kerja ini merupakan panduan asas bagi semua staf Universiti Putra Malaysia dalam melaksanakan tugas seharian dengan tujuan mencapai wawasan UPM untuk menjadi universiti bertaraf dunia disamping meberntuk pekerja yang berkualiti. Justeru itu, semua staf Universiti Putra Malaysia perlu menghayati etika kerja yang seragam secara berterusan dan akhirnya dapat menyatukan pemikiran dan arah tindakan semua staf ke arah pencapaian wawasan, misi dan matlamat universiti.

 

Audit Dalam adalah suatu aktiviti bebas yang berobjektifkan pemberi jaminan dan juga perundingan untuk menambah nilai dan menambahbaik operasi organisasi. Ianya juga membantu organisasi mencapai objektif dengan menggunakan pendekatan yang  sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menambahbaik keberkesanan proses tadbir urus, kawalan dan pengurusan risiko.

Bahagian Audit Dalam mempunyai 3 Seksyen yang memainkan peranan penting dalam setiap perjalanan pentadbiran dan pengauditan di UPM. Setiap Seksyen juga diketuai oleh ketua unit yang dipertanggungjawabkan oleh Ketua Audit Dalam.

 

Penubuhan Jawatankuasa Ketua-Ketua Audit Dalam (JKAD) adalah selaras dengan cadangan mewujudkan kerjasama diantara Juruaudit Dalam Di Semua IPTA yang telah diperakukan oleh Mesyuarat Pendaftar-Pendaftar universiti Awam Bil. 3/2002 pada 22 September 2002. 

Tujuan penubuhan JKAD adalah bagi meningkatkan akauntabiliti dalam pengurusan pentadbiran untuk mewujudkan keseragaman antara semua Universiti Awam yang meliputi kecekapan sistem pengauditan, penilaian kawalan dalaman, pembangunan sistem serta menjadi forum perbincangan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan universiti.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan JKAD sila klik pada pautan berikut:

JKAD WEBSITE

Bahagian Audit Dalam UPM beriltizam :-

  • Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan kepada standard pengauditan antarabangsa;
  • Menyediakan laporan audit yang seimbang, jelas dan mudah difahami; dan
  • Memberi pendapat dan syor-syor yang membina.

 

Berikut adalah beberapa pautan yang boleh dirujuk oleh pelajar UPM bagi mewujudkan persekitaran kehidupan yang positif di UPM.

1. Akta Universiti dan Kolej Universiti Tahun 1971

artikel
BUDAYA INTEGRITI PENJAWAT AWAM
Sejak akhir-akhir ini banyak diperkatakan mengenai isu yang melibatkan integriti terutamanya dalam kalangan penjawat awam. Isu penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, penyelewengan walaupun dilakukan oleh segelintir individu penjawat awam namun tempiasnya tetap terkena kepada keseluruhan penjawat awam yang berada di negara ini.
BUDAYA INTEGRITI PENJAWAT AWAM
Pendekatan Pengauditan Berdasarkan Data Dapat Meningkatkan Kepercayaan dalam Perniagaan
Pendekatan Pengauditan Berdasarkan Data Dapat Meningkatkan Kepercayaan dalam Perniagaan
MEMBINA AKTIVITI AUDIT DALAMAN YANG BERKESAN DI SEKTOR AWAM (OLEH IIA GLOBAL)
MEMBINA AKTIVITI AUDIT DALAMAN YANG BERKESAN DI SEKTOR AWAM (OLEH IIA GLOBAL)
Artikel-artikel lain...
berita
PENILAIAN AKHIR EKSA BAHAGIAN AUDIT DALAM TAHUN 2022
PENILAIAN AKHIR EKSA BAHAGIAN AUDIT DALAM TAHUN 2022
UPM Serdang, 6 Oktober 2022 – Bahagian Audit Dalam telah menerima kunjungan tiga (3) panel juruaudit EKSA bagi Penilaian Akhir EKSA yang diketuai oleh Puan Nurainakmal Binti Kamal Bahrin (Pusat Pertanian Putra), Puan Azhana Binti Abdullah (iDEC), dan Puan Nor Hasni Binti Zahari (Fakulti Kejuruteraan).
pengumuman
Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
ikuti kami
fb.png
youtube.png
insta.png
WVLdQAO:16:18