SESI PERKONGSIAN ILMU SEMASA BDR | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » SESI PERKONGSIAN ILMU SEMASA BDR

SESI PERKONGSIAN ILMU SEMASA BDR

SERDANG, 25 Mei 2021: Bekerja dari rumah (BDR) tidak menghalang Bahagian Audit Dalam, UPM meneruskan rutin bulanan perkongsian ilmu atau sharing session di kalangan warga audit dalam. Ia merupakan satu proses perkembangan profesionalisme berterusan dalam kalangan juruaudit UPM dan ditetapkan sebagai salah satu kriteria di dalam pembangunan sumber manusia untuk mengukur kompetensi warga audit dalam.

Perkongsian ilmu selama 1 jam oleh Encik Sharul Azman berkaitan tajuk 'Pentadbiran Kontrak' telah diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet pada 25 Mei 2021.

Beliau memulakan perkongsian dengan menerangkan jenis-jenis perolehan yang memerlukan pembentukan satu perjanjian antara dua pihak melalui kontrak iaitu Perolehan Secara Pembelian, Perolehan Secara Sebut Harga, Perolehan Secara Tender dan Perolehan Secara Rundingan Terus. Melalui perkongsian tersebut, beliau menegaskan kontrak terbentuk apabila ia memenuhi elemen-elemen berikut:

a) Tawaran

b) Penerimaan

c) Balasan

d) Niat

e) Ketentuan

f) Keupayaan

Di harap perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada juruaudit dalam melaksanakan tugas dan memberikan perkhidmatan konsultasi yang bersifat “value added” kepada organisasi.

 

Berita disediakan oleh : Pn. Nurfarah Hanani Abdul Hamed.

Tarikh Input: 21/06/2021 | Kemaskini: 21/06/2021 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 1346
03-9769 6176
WVMBLAf:11:52