SESI PERKONGSIAN ILMU | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » SESI PERKONGSIAN ILMU

SESI PERKONGSIAN ILMU

Berita disediakan oleh : Pn. Nur Asyikin Yusoff (Penolong Akauntan, Bahagian Audit Dalam)

 

UPM SERDANG, 16 Mac 2023 – Konsep perkongsian ilmu amat penting dalam sesebuah organisasi. Semakin ramai orang tahu tentang sesuatu ilmu itu, semakin meningkatlah kefahaman tentang sesuatu perkara. Sehubungan dengan itu, Bahagian Audt Dalam telah mengambil inisiatif dengan mengadakan perkongsian ilmu yang melibatkan setiap staf Bahagian Audit Dalam dan merupakan aktiviti tetap setiap bulan. Giliran perkongsian ilmu pada bulan Mac melibatkan 2 orang staf iaitu Puan Marziati Md Din dan Encik Mohd Azis bin Abdullah.

Perkongsian ilmu dimulakan oleh Puan Marziati Md Din yang telah membuat perkongsian berkaitan ‘Perkhidmatan Perlindungan Insurans Bangunan, Peralatan dan Kenderaan UPM’. Puan Marziati telah menerangkan berkenaan 1. Polisi kebakaran dan perils 2. Prosedur dan Proses Tuntutan Polisi Kebakaran 3. Polisi Fleet kenderaan UPM dan 4. Prosedur dan proses tuntutan polisi kenderaan.

Perkongsian ilmu seterusnya disambung oleh Encik Mohd Azis bin Abdullah yang telah membuat perkongsian berkaitan ‘Pengenalan Menilai Risiko Keselamatan Siber’. Encik Mohd Azis telah menerangkan mengenai 1. Apakah yang dimaksudkan dengan “Keselamatan Siber” 2. Tiga Barisan model: Peranan dan Tanggungjawab. 3. Kesulitan peranan barisan pertama dan kedua.

Diharap perkongsian ini dapat memberikan kefahaman dan manfaat kepada setiap staf dalam membuat tugasan.

 

Tarikh Input: 20/03/2023 | Kemaskini: 03/04/2023 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEdQA5~