SEMARAK MERDEKA BAHAGIAN AUDIT DALAM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » SEMARAK MERDEKA BAHAGIAN AUDIT DALAM

SEMARAK MERDEKA BAHAGIAN AUDIT DALAM

Berita disediakan oleh : Pn. Nurfarah Hanani Binti Abdul Hamed (Pegawai Kewangan)

 

UPM SERDANG, 15 Ogos – Bagi menyemarakkan, memupuk dan meningkatkan semangat
Patriotisme sempena bulan kemerdekaan tahun ini, Bahagian Audit Dalam menyertai Pertandingan Kibar Jalur Gemilang bagi Program Semarak Merdeka 2023 anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah, UPM.


Bagi memenuhi salah satu elemen pemarkahan iaitu “kreatif”, warga Audit Dalam bekerjasama menonjolkan keunikan dan kreativiti mereka melalui reka cipta arca bangunan ikonik yang sinonim dengan Malaysia. Konsep reka cipta ini adalah menggunakan bahan terpakai dengan kos yang minimal.

Dengan kekuatan staf seramai 15 orang, warga Audit Dalam berjaya menghasilkan empat bangunan (Parlimen, Tugu Negara, Menara Berkembar Kuala Lumpur, Menara Merdeka 118), Jalur Gemilang dan Bunga Raya untuk dipersembahkan kepada para barisan juri semasa hari penilaian.


Diharapkan aktiviti seumpama ini dapat memupuk semangat patriotik serta dapat mewujudkan hubungan kerjasama dalam kalangan warga Audit Dalam.

 

 

Tarikh Input: 23/08/2023 | Kemaskini: 23/08/2023 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEdRA7~