SAMBUTAN KEMERDEKAAN BAHAGIAN AUDIT DALAM 2021 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » SAMBUTAN KEMERDEKAAN BAHAGIAN AUDIT DALAM 2021

SAMBUTAN KEMERDEKAAN BAHAGIAN AUDIT DALAM 2021

Serdang - 31 Ogos 2021(Isnin), Sempena menyambut hari Malaysia dan hari Kemerdekaan pada tahun ini dengan tema “ Malaysia Prihatin” , Bahagian Audit Dalam UPM telah menyediakan Montaj Kemerdekaan.

Walaupun Selangor sekarang berada di dalam fasa 1, dan tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang majlis keraian, tetapi ianya tidak menghalang staf-staf Audit Dalam UPM untuk menjayakan montaj ini. Tidak kira dimana mereka berada, samada mereka yang bekerja dari rumah (BDR) atau bekerja dari pejabat (BDP), mereka telah memberi kerjasama yang  baik dan berjaya merakamkan video pendek untuk dimasukan di dalam montaj ini. Dengan adanya montaj ini kami dapat berkerjasama dengan baik dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kami.

 

Montaj ini telah dihasilkan dan disediakan oleh En. Mohd Nasarudin, En Wan Muhammad Isam dan En. Mohd Faiz. Mereka berjaya memaparkan gabungan video pendek semua pekerja audit dalam mengibarkan jalur gemilang di tempat masing-masing. Terdapat juga titipan ucapan kemerdekaan daripada Ketua Bahagian Audit Dalam - Pn. Zainora Abdul Talib  dan bacaan doa telah disampaikan oleh En. Sharul Azman Ramli. Dalam montaj ini juga diselitkan deklamasi sajak kemerdekaan yang disampaikan oleh En. Mohd Nasarudin, En. Wan Muhammad Isam, En. Mohd. Faiz dan En. Mohd. Azis dengan semangat yang jitu.

 

 

Selain itu, Bahagian Audit Dalam juga berjaya menggantungkan bendera disekeliling Bangunan Audit bagi menunjukkan semangat menyambut bulan kemerdekaan ini. Montaj ini telah dimuat naik didalam laman sesawang ‘Youtube’, ‘Facebook’ dan di Laman web Bahagian Audit Dalam untuk tontonan dan dikongsikan kepada semua seperti di pautan https://www.youtube.com/watch?v=EX0S1AKKZco&t=11s.

 

Berita disediakan oleh : Pn. Noraini Noordin (Pembantu Tadbir P/O)

Tarikh Input: 27/09/2021 | Kemaskini: 27/09/2021 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEbMAk~