Serdang, 10 November 2017, Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) 2017 telah diadakan dengan suasana meriah di Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Objektif melaksanakan HKIP 2017 adalah bagi :
Bahagian Audit Dalam telah menyertai beberapa anugerah HKIP 2017 iaitu Anugerah Inovasi Perkhidmatan, Anugerah Pengurusan Lean, Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja, Anugerah Pengurusan Laman Web PTJ dan Anugerah Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.
Bagi Anugerah Inovasi Perkhidmatan, Bahagian Audit Dalam telah menghantar 2 projek yang terdiri daripada 2 kumpulan iaitu Kumpulan The Core yang diwakili oleh En. Shahrul Azman, En. Mohd Azis dan En. Mohd Faiz dengan projek mereka dibawah kategori pengurusan iaitu Fa Mes (Financial Management Self Assesment) dan Kumpulan 3 Dees yang diwakili oleh Pn. Marziati, Cik Nor Anidah dan Pn. Noraini dibawah kategori teknikal dengan projek Melaboks.
Selain itu, Bahagian Audit Dalam turut serta dalam Anugerah Pengurusan Lean yang disertai oleh Kumpulan The Avec yang diwakili oleh Y.M. Tg. Zahiera, En. Shahrul Azman, En. Mohd Azis, Pn. Nur Miera dan Pn. Nur Asyikin dengan Projek Verifikasi Aset.
Secara keseluruhannya, Bahagian Audit Dalam merasa bersyukur kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori Anugerah Inovasi Perkhidmatan (Pengurusan) oleh Kumpulan The Core dan mendapat tempat Ketiga dalam Anugerah Pengurusan Lean oleh Kumpulan The Avec.
Kemenangan yang diterima memberikan lagi motivasi dan inspirasi untuk turut serta pada masa akan datang.
Tarikh Input: 13/11/2017 | Kemaskini: 13/11/2017 | nurmiera
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.