SAMBUTAN AMBANG MERDEKA DI PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » SAMBUTAN AMBANG MERDEKA DI PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA DI PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

 

UPM, Serdang, 30 Ogos 2023 – Sempena bulan kemerdekaan negara, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mengadakan sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos 2023. Bahagian Audit Dalam turut hadir untuk memeriahkan sambutan pada kali ini. Sambutan ambang merdeka dimulakan dengan persembahan dari Brand Putra dan finalis Senada Putra, penyampaian hadiah Asper serta acara kemuncak iaitu penyampaian hadiah pertandingan program semarak merdeka serta kiraan detik 12 tengah malam.

 

Bahagian Audit Dalam turut menyertai pertandingan program semarak merdeka yang dianjurkan pada 15 Ogos 2023. Walaupun tidak memenangi sebarang hadiah, Bahagian Audit Dalam berasa bangga kerana tersenarai dalam 15 PTJ terbaik daripada 31 PTJ yang telah menyertai pertandingan.

 

 

Semoga dengan adanya penganjuran program seperti ini dapat meningkat ukhuwah antara staf serta meningkatkan lagi semangat patriotism dalam diri staf.

 

Tarikh Input: 26/09/2023 | Kemaskini: 26/09/2023 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEdWAB~