PROGRAM SEMINAR PEMAMPANAN TADBIR URUS UNIVERSITI | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PROGRAM SEMINAR PEMAMPANAN TADBIR URUS UNIVERSITI

PROGRAM SEMINAR PEMAMPANAN TADBIR URUS UNIVERSITI

Berita ditulis oleh : En.Sharul Azman Bin Ramli (Pegawai Kewangan(Audit))

 

 

PROGRAM SEMINAR PEMAMPANAN TADBIR URUS UNIVERSITI

 

Serdang, 2 Jun- Program Seminar Pemampanan Tadbir Urus Universiti telah diadakan di Auditorium Rashdan Baba Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Bahagian Audit Dalam dan dihadiri oleh Jawatankuasa Pengurusan dan Pegawai Kanan Universiti.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat),   YBhg. Prof. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin, yang mewakili Naib Canselor, YH. Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman.

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), YBhg. Prof. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin berkata program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan yang diadakan oleh Universiti bagi meningkatkan kesedaran dikalangan pegawai Universiti berkenaan kepentingan amalan tadbir urus yang baik.

Program ini dimulakan dengan ucaptama oleh YBhg. Dato’ Dr Hasan Mad, Ahli Lembaga Pengarah UPM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Audit UPM. Beliau berkata, UPM mempunyai sejarah dan prestasi yang cemerlang sejak ditubuhkan. UPM juga telah melahirkan ramai tokoh tersohor di dalam dan diluar negara.

Semasa menyampaikan ucaptama, YBhg. Dato’ Dr Hasan Mad memberi saranan agar UPM bersedia berhadapan dengan IPT Megatrend. Universiti perlu mampu melahirkan graduan, Professor dan pentadbir yang holistik untuk keperluan negara dan global. Beliau mencadangkan Pejabat Pendaftar  membangunkan program certified (chartered) modular leadership program bagi memastikan pentadbir UPM komptensi yang diperlukan sebagai seorang pemimpin.   

Selain itu, program juga diteruskan dengan sesi forum Memperteguh Tadbir Urus dan Proses Kerja Ke Arah Kemampanan Organisasi yang dikendalikan oleh Ketua Bahagian Audit Dalam UPM, Pn Zainora Abdul Talib. Ahli panel forum terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Audit UPM, YBhg. Dato’ Dr. Hasan Mad, Pendaftar UPM, En. Muhazam Mansor, dan Pegawai Penasihat Undang-undang (Menjalankan Fungsi Penasihat Undang-Undang), En. Muhammad Adil Ahmad Tajuddin.

Semasa sesi forum beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan tadbir urus Universiti. Antara cadangan yang dikemukakan adalah keperluan membangunkan modul berstruktur bagi melengkapkan pentadbir dengan pengetahuan yang diperlukan termasuk bidang pengurusan, kewangan dan undang-undang. Pentadbir mempunyai peranan yang penting termasuk memberi penasihatan yang betul kepada Ketua PTJ. Selain itu terdapat cadangan agar tindakan penyelesaian isu-isu audit yang dilaporkan dijadikan sebagai KPI Pentadbir  dan Ketua PTJ bagi meningkatkan tadbir Urus di semua PTJ.

Tarikh Input: 29/06/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 1346
03-9769 6176
WVMBLAP:11:08