PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2023 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2023

PROGRAM SEMARAK MERDEKA 2023

Berita disediakan oleh: En. Mohd Syairol Azwan bin Shabudin (Pegawai Kewangan, Bahagian Audit Dalam)

 

UPM SERDANG, 15 Ogos 2023 – Selaras dengan sambutan bulan Kemerdekaan, Bahagian Audit Dalam turut terlibat dalam menjayakan bulan kemerdekaan pada tahun 2023 ini. Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan kembali Program Semarak Merdeka 2023 pada sepanjang bulan Ogos.

Ianya adalah sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2023 yang bertemakan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”

Program Semarak Merdeka 2023 UPM telah diwar-warkan bermula bulan Jun 2023 dan acara kemuncak sambutan tersebut adalah pada bulan Ogos 2023.

Bahagian Audit Dalam telah terlibat secara langsung di dalam Program Semarak Merdeka 2023 melalui penglibatan dalam pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Inter-PTJ, pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ dan juga pertandingan Fotografi Merdeka Inter-PTJ.

Acara kemuncak penilaian pertandingan Kibar Jalur Gemilang telah berlangsung di Bahagian Audit Dalam pada 15 Ogos 2023 pada sesi petang bermula jam 2.15 petang. Sesi tersebut dimulakan dengan Pantun aluan Ketua Audit Dalam kepada Delegasi Juri Penilai UPM. Program diteruskan dengan sesi multimedia, pameran, sesi deklamasi sajak, gimik pelancaran dan seterusnya ke lawatan ke laman semarak Merdeka Audit Dalam. Acara kemuncak pertandingan Kibar Jalur Gemilang Bhg. Audit Dalam diteruskan dengan sesi pelepasan burung menandakan simbolik kepada semangat kemerdekaan.

Tarikh Input: 30/08/2023 | Kemaskini: 30/08/2023 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEdTAp~