PROAKTIF DALAM PENGURUSAN AUDIT DALAM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PROAKTIF DALAM PENGURUSAN AUDIT DALAM

PROAKTIF DALAM PENGURUSAN AUDIT DALAM

Berita Oleh : Jawatankuasa Laman Sesawang Audit Dalam

PUTRAJAYA, 26 Jun 2023 - Audit dalam merupakan satu fungsi bebas, yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi organisasi. Objektif Unit Audit Dalam adalah untuk membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

Bahagian Audit Dalam UPM telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Pengurusan Audit Dalam, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan telah diketuai oleh Encik Sharul Azman Ramli selaku wakil Ketua Audit Dalam UPM. Lawatan kerja yang melibatkan 12 deligasi UPM ini disambut oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Audit Dalam (JANM) Noorlida binti Mohd Khalid.

 

 

Tujuan lawatan yang diadakan ini adalah untuk bertukar pandangan dan berkongsi mengenai proses pengauditan ke atas auditan-auditan yang sedang atau telah dilaksanakan di Jabatan masing-masing dan juga pengurusan risiko.

Selain itu, lawatan kerja ini turut membincangkan kaedah pelaksanaan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) di Jabatan Akauntan Negara. Deligasi juga telah diberi penerangan dan perkongsian mengenai fungsi utama pengurusan Audit Dalam di JANM, Audit tools dan juga pembangunan sistem bersepadu dalam melaksanakan penilaian kendiri, pengauditan, naziran, maklumbalas dan pelaporan. Sesi lawatan ini berakhir pada jam 01:00 petang.

Tarikh Input: 06/07/2023 | Kemaskini: 06/07/2023 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEdXAc~