Oleh : Noraini Nordin
UPM Serdang, 27 September 2019 (Jumaat) – Penerbit Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Majlis Perasmian Kedai Buku Penerbit UPM . majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM. Semua Ketua-Ketua PTJ telah dijemput untuk meraikan Majlis Perasmian tersebut, tidak terkecuali juga semua staf di Bahagian Audit Dalam.
Beliau berkata Kedai Buku Penerbit ini adalah salah satu tempat yang perlu dikunjungi oleh pelawat UPM yang menjalankan lawatan di sekitar UPM.
Majlis ini telah mengapresiasikan Karyawan-karyawan yang berjaya menerbitkan buku-buku yang berkualiti tinggi yang telah banyak terjual. Ramai Pensyarah dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi yang terlibat dalam penerbitan ini dan memenangi hadiah tersebut.
Pihak Penerbit juga telah memberi cenderamata berupa beberapa buah buku kepada 5 buah sekolah disekitar Serdang bagi mempromosikan lagi hasil hasil karyawan di UPM.
Dengan adanya Kedai Buku Penerbit ini, akan memberi peluang kepada karyawan-karyawan UPM agar dapat memperkembangkan dan memperluaskan lagi bakat mereka, juga memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar juga pekerja untuk membeli buku disini.
Tarikh Input: 08/10/2019 | Kemaskini: 08/10/2019 | faiz_suparman
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.