Penyertaan Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) 2023 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Penyertaan Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) 2023

Penyertaan Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) 2023

Berita Oleh : Cik Nurrul Syakira Bakhtiar (Pegawai Kewangan)

 

Serdang, 20 Julai 2023 – Sempena penganjuran Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) Universiti Putra Malaysia 2023, seramai 5 orang staf Bahagian Audit Dalam telah mengambil bahagian mewakili kontigen Gabungan 6 (G6) bagi kejohanan sukan kali ini. Kontigen Gabungan 6 (G6) merupakan gabungan antara Bahagian Audit Dalam dan 10 PTJ UPM yang lain.

SUSTAF 2023 yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Akademi Sukan UPM akan berlangsung bermula 10 Julai 2023 hingga 4 Ogos 2023. Kejohanan sukan ini mempertandingkan 15 acara termasuklah Bola Tampar, Dart, Futsal, Bola Sepak, Badminton, Petanque, Catur, Ping Pong, Berbasikal, Tarik Tali, Tenpin Boling dan Bola Jaring. Terdapat 8 kumpulan gabungan yang dibentuk daripada beberapa PTJ bagi perlawanan kejohanan sukan kali ini.

Staf Bahagian Audit Dalam yang mengambil bahagian ialah Puan Balqis Md Ruslan (Bola Tampar Wanita), Encik Wan Muhammad Isam Wan Ismail (Futsal Lelaki dan Tenpin Boling Lelaki), Puan Marziati Md Din dan Puan Nurfarah Hanani Abdul Hamed (Futsal Wanita dan Bola Jaring) serta Encik Mohd Syairol Azwan Shabudin (Badminton).

Dengan penganjuran kejohanan sukan ini diharapkan dapat memupuk semangat kesukanan dan daya saing secara sihat selain mendapat manfaat kesihatan tubuh badan melalui aktiviti bersukan dan mengeratkan silatulrahim dikalangan pekerja. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua peserta.

Tarikh Input: 25/07/2023 | Kemaskini: 26/07/2023 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEdWAE~