PENGAUDITAN BERASASKAN KERANGKA KERJA COSO | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PENGAUDITAN BERASASKAN KERANGKA KERJA COSO

PENGAUDITAN BERASASKAN KERANGKA KERJA COSO

Oleh : Cik Nurrul Syakira Bakhtiar

Serdang, 17 Nov 2021 - Biro Pembangunan Kompetensi, Jawatankuasa Ketua-Ketua Audit Dalam Universiti Awam telah menganjurkan Kursus COSO Based Audit secara atas talian pada 15, 16 dan 17 November 2021. Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus kesedaran mengenai COSO yang telah dianjurkan bersama Institute of International Auditors Malaysia (IIAM) pada 27 April 2021 yang lalu. Kali ini penekanan kepada pemahaman secara terperinci mengenai elemen, prinsipal dan asas tumpuan isu dihuraikan dengan lebih terperinci selari dengan pelaporan audit yang dilakukan.

Objektif kursus ini dijalankan adalah supaya dapat membantu peserta mendalami konsep dan kaedah pengauditan terhadap kawalan dalaman berasaskan kepada rangka kerja COSO dalam perspektif yang berbeza, memberikan pendedahan kepada calon SME bidang Kawalan Dalaman serta meningkatkan kemahiran peserta menggunakan elemen – elemen yang ada di dalam kerangka kerja COSO.

Kursus yang bermula pada 15 November 2021 dimulakan dengan pendaftaran peserta secara atas talian seterusnya ucapan pembukaan dan perasmian oleh Pengerusi Biro Pembangunan Kompetensi Jawatankuasa Ketua – Ketua Audit Dalam. Program diteruskan dengan pembentangan Modul 1: Kawalan Persekitaran oleh Puan Sivamalar Thuraisingam dan disusuli pembentangan Modul 2: Penilaian Risiko oleh PM Dr Mohd Nazli Mohd Nor. Kursus diteruskan pada 16 November 2021 dengan Modul 3: Kawalan Aktiviti yang dibentangkan oleh PM Dr Zalailah Salleh. Kemudian sesi diteruskan dengan Modul 4: Maklumat dan Komunikasi oleh Encik Ishak Md Saboo. Pada hari terakhir, 17 November 2021 kursus diteruskan dengan Modul 5: Kawalan Pemantauan oleh Encik Ishak Md Saboo. Program diakhiri dengan sesi soal jawab oleh para peserta, rumusan dan sesi bergambar.

Kursus COSO Based Audit telah berjaya memberikan informasi lebih jelas mengenai pelbagai pendekatan kawalan dalaman yang boleh dipraktikkan dalam kaedah pengauditan yang dijalankan. Diharapkan dengan adanya penganjuran kursus seperti ini dapat memberikan pendedahan dan pengisian kepada para peserta berkenaan kaedah pengauditan menggunakan kerangka kerja COSO.

Tarikh Input: 21/12/2021 | Kemaskini: 21/12/2021 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 1346
03-9769 6176
WVMBMA0:12:24