Pemeriksaan Stor Tahun 2023 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Pemeriksaan Stor Tahun 2023

Pemeriksaan Stor Tahun 2023

Berita disediakan oleh: Cik Nurrul Syakira Bakhtiar (Pegawai Kewangan)

 

Serdang, 13 Disember 2023 – Selaras dengan keperluan peraturan Pekeliling Perbendaharaan AM 6 iaitu Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan, Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang mempunyai Stor Pusat atau Stor Utama bagi bekalan pejabat dan alat tulis hendaklah melaksanakan pemeriksaan stor sekali dalam setahun bermula Oktober dan berakhir 31 Disember tahun semasa.

Pemeriksaan stor di Bahagian Audit Dalam telah dilaksanakan pada 12 Disember 2023 yang melibatkan dua Pegawai Pemeriksa Stok yang telah dilantik bersama Pegawai Stor PTJ. Pemeriksaan fizikal stok secara keseluruhan dilakukan dengan menyemak baki pada Kad Kawalan Stok dengan baki fizikal di stor.

Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk mengesan dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang menyebabkan stok berlebihan, berkurangan, rosak, usang, luput tempoh juga menentukan jumlah stok fizikal yang tepat dengan baki di Kad Kawalan Stok supaya tindakan susulan dapat diambil.

Tarikh Input: 28/12/2023 | Kemaskini: 28/12/2023 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEdTAt~