PEMAHAMAN DAN KAWALAN PENGGUNAAN KAD KORPORAT | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » PEMAHAMAN DAN KAWALAN PENGGUNAAN KAD KORPORAT

PEMAHAMAN DAN KAWALAN PENGGUNAAN KAD KORPORAT

Berita disediakan oleh : En. Mohd Syairol Azwan bin Shabudin (Pegawai Kewangan, Bahagian Audit Dalam)

 

UPM SERDANG, 14 Jun 2023 – Sesi perkongsian Bahagian Audit Dalam secara bulanan kali ini adalah berkaitan dengan penggunaan Kad Kredit Korporat. Sesi perkongsian ini disampaikan oleh En. Mohd Faiz Suparman, Peg.Kewangan Bhg Audit Dalam UPM. Penggunaan Kad Kredit Korporat UPM telah mula dilaksanakan pada tahun 2005 iaitu melalui edaran Pekeliling Bendahari Bil. 1 Tahun 2015. Kemudahan penggunaan Kad Kredit Korporat ini adalah bertujuan sebagai pemudah cara bagi perbelanjaan yang berkaitan tugas rasmi dan berkursus di dalam dan di luar negara.

 

Kaedah penggunaan Kad Kredit Korporat telah ditambah baik dan diperluaskan melalui Pekeliling Bendahari Bil. 3 Tahun 2014 yang berkuatkuasa pada 19 Ogos 2014. Selain itu, Kementerian Kewangan Malaysia turut mengeluarkan pekeliling berkaitan Kad Kredit Korporat Kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan PS 2.6.

 

Kemudahan Kad Kredit Korporat yang digunapakai oleh Ketua Jabatan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) ini adalah tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa. Pengguna yang diberi kemudahan ini perlu peka terhadap peraturan yang berkaitan dan memahami tanggungjawab masing-masing serta mengamalkan perbelanjaan berhemah. Kesemua perbelanjaan perlu mendapat kelulusan yang telah ditetapkan selaras dengan peraturan sedia ada.

 

Sebarang perbelanjaan diluar aturan dan melanggar peraturan yang telah ditetapkan, pemilik Kad Kredit Korporat akan dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan prinsip integriti penjawat awam. Kad Kredit Korporat merupakan inisiatif kerajaan dalam mengurangkan perbelanjaan dan sebagai pemudah cara perbelanjaan, justeru itu seharusnya ianya digunakan sebagai medium terbaik perbelanjaan dan bukan untuk kepentingan peribadi.

Tarikh Input: 14/06/2023 | Kemaskini: 21/06/2023 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEeAAK~