NAIB CANSELOR BERTEMU ENTITI PEJABAT NAIB CANSELOR UPM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » NAIB CANSELOR BERTEMU ENTITI PEJABAT NAIB CANSELOR UPM

NAIB CANSELOR BERTEMU ENTITI PEJABAT NAIB CANSELOR UPM

 
 
SERDANG, 16 Oktober 2023 - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah telah membuat perjumpaan bersama staf di entiti pejabat Naib Canselor yang terdiri daripada Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Bahagian Audit Dalam, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dan Akademi Sukan di Dewan Senat, hari ini.
 
Menerusi pertemuan ini, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan menitipkan pesan agar kesemua entiti dibawahnya dapat bekerja dalam sebuah pasukan yang kuat, saling mengingati antara satu sama lain dan bekerja secara efisyen agar banyak perkara yang memberi manfaat dapat dihasilkan bersama.
 
Katanya setiap universiti mempunyai kepentingan yang tersendiri namun matlamat setiap pekerja di UPM harus sama dan sentiasa seiring berlandaskan misi dan visi institusi ini agar nama UPM terus unggul di masa hadapan.
 
Dalam pada itu, beliau juga menyampaikan mesej supaya setiap pekerja mencari kepelbagaian ilmu serta kepakaran lain selain menjalankan peranan dan tanggungjawab utama sebagai staf agar dapat menyumbang lebih banyak kebaikan kepada masyarakat khasnya.

Tarikh Input: 30/10/2023 | Kemaskini: 30/10/2023 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEdTA0~