Berita disediakan oleh: En. Wan Muhammad Isam
Serdang, 10 Mei 2023 – Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2023 secara serentak yang melibatkan 13 kluster di seluruh UPM. Bahagian Audit Dalam berada di kluster D yang diadakan bersama kluster I bertempat di Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Majlis yang berlangsung dari jam 9:30 pagi hingga 4:30 petang pada hari Rabu turut dihadiri oleh pihak pengurusan atasan Universiti, yang mana Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Roslan Sulaiman turut melawat setiap kluster bagi melihat dan sama-sama memeriahkan sambutan.
Bahagian Audit Dalam menyediakan sagu gula melaka dan kepada semua para pengunjung.
Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan saling mengunjungi serta beramah mesra bersama semua warga UPM. Program ini juga dimeriahkan dengan pertandingan booth tercantik.
Tarikh Input: 15/05/2023 | Kemaskini: 01/06/2023 | muhammad.isam
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.