Majlis Sambutan Hari Lahir Staf Bahagian Audit Dalam | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Majlis Sambutan Hari Lahir Staf Bahagian Audit Dalam

Majlis Sambutan Hari Lahir Staf Bahagian Audit Dalam

UPM Serdang, 30 September 2022 - Bahagian Audit Dalam telah mengadakan majlis sambutan kelahiran staf Bahagian Audit Dalam bagi suku tahun ketiga (Q3) selepas selesai Mesyuarat Bulanan Bahagian Audit Dalam bilangan 9.

Majlis sambutan kelahiran staf merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan sebanyak 4 kali dalam tempoh setahun iaitu dalam bulan Mac, Jun, September dan Disember. Persediaan dan aktiviti ini diuruskan oleh Exco Kerohanian dan Kebajikan Kelab Bahagian Audit Dalam UPM.

Tahniah dan Selamat Hari Lahir diucapkan kepada staf yang lahir dalam bulan Julai, Ogos dan September iaitu En. Sharul Azman, Cik Nurrul Syakira, Pn. Nur Asyikin dan Pn. Balqis. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. 

Tarikh Input: 04/10/2022 | Kemaskini: 04/10/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
WVLdPAv:15:12