MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI DI BAHAGIAN AUDIT DALAM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI DI BAHAGIAN AUDIT DALAM

MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI DI BAHAGIAN AUDIT DALAM

Oleh: En. Zainal Abidin Ahmad (Penolong Akauntan)

 

Serdang 16/02/2024 - Audit Dalam telah mengadakan satu majlis perpisahan untuk seorang Pelajar Latihan Industri dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah ditempatkan di Bahagian Audit Dalam, UPM. Pelajar praktikal tersebut iaitu Cik Nur Adibah binti Asbullah telah memulakan latihan praktikalnya di Bahagian Audit Dalam, UPM pada Isnin (4 September 2023) untuk selama enam (6) bulan hingga Februari 2024. Di UiTM beliau adalah pelajar tahun akhir dari Fakulti Perakaunan, UiTM kampus Shah Alam.

Di Bahagian Audit Dalam, Cik Nur Adibah telah ditempatkan secara bergilir di ketiga-tiga seksyen pengauditan iaitu Seksyen Pengauditan Governan dan Pematuhan, Seksyen Pengauditan Teknologi maklumat dan Penjanaan serta Seksyen Pengauditan Pemantauan Berterusan. Pelbagai kaedah pengauditan yang beliau pelajari sepanjang tempoh praktikal di Bahagian Audit Dalam.

Setelah tamat tempoh latihan praktikal selama enam (6) bulan, maka pada tanggal 16 Februari 2024 yang lepas beliau telah tamat tempoh praktikal selama enam (6) bulan. Satu majlis perpisahan dan penamatan tempoh praktikal telah diadakan bersekali dengan Mesyuarat Bulanan Bahagian Audit Dalam telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Audit Dalam , UPM yang telah dianjurkan oleh pihak Kelab Kebajikan Bahagian Audit Dalam. Sedikit cenderamata telah disumbangkan kepada beliau sebagai tanda penghargaan di atas segala jasa bakti tenaga yang telah diberikan oleh beliau kepada Bahagian Audit Dalam di sepanjang tempoh latihan praktikal. Pihak Bahagian Audit Dalam mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Nur Adibah Asbullah di atas khidmat bakti dan kesudian beliau menjalani Latihan Industri di Bahagian Audit Dalam.

 

“ SELAMAT MAJU JAYA”

Tarikh Input: 21/03/2024 | Kemaskini: 21/03/2024 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEdVAP~