KONDUSIF DAN BERSIH PENYUMBANG KEPADA KERJA YANG BERKUALITI DAN CEMERLANG | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » KONDUSIF DAN BERSIH PENYUMBANG KEPADA KERJA YANG BERKUALITI DAN CEMERLANG

KONDUSIF DAN BERSIH PENYUMBANG KEPADA KERJA YANG BERKUALITI DAN CEMERLANG

Serdang, 5 Ogos 2019 – Persekitaran tempat kerja yang kondusif dan bersih boleh membawa kepada penghasilan kerja yang berkualiti dan cemerlang oleh pekerja bagi setiap organisasi. Bagi menjamin kelestarian persekitaran tempat kerja ini, Jawatan kuasa kecil 5S telah menganjurkan lawatan penanda aras EKSA ke Fakulti Ekonomi dan Pengurusan sebagai satu aktiviti tahunan 5S Bahagian Audit Dalam.

 

FEP terpilih berdasarkan pencapaian PTJ sebagai pemenang Anugerah Pelaksanaan Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (5S/EKSA) in Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan HKIP) UPM 2018 dan juga pelaksanaan amalan EKSA di tempat kerja. Ini juga sebagai panduan kepada Bahagian Audit Dalam yang sedang dalam pelaksanaan transformasi amalan 5S kepada EKSA.

 

Lawatan ini diketuai oleh Pn. Marziati Md Din yang merupakan Penyelaras 5S dan juga disertai oleh semua jawatan kuasa tertinggi 5S.

 

Lawatan bermula pada pukul 9.00 pagi dengan ucapan aluan dan taklimat perlaksanaan EKSA di FEP yang telah disampaikan oleh Cik Nur Nadjla Ahmad Razei yang merupakan Penyelaras EKSA di FEP. Taklimat secara ringkas menceritakan pengalaman dan cabaran PTJ dalam mengamalkan amalan EKSA. Sokongan kuat yang diberikan oleh pengurusan tertinggi Fakulti serta semua pekerja sama ada dari bidang akademik dan juga dari staf pentadbiran sebagai faktor utama kejayaan yang dapat dicapai oleh Fakulti setakat ini.

 

Selepas taklimat, semua peserta dibawa melawat kawasan terpilih disekitar FEP seperti ruang kerja, bilik mesyuarat, stor, sistem fail dan juga pantri.

Lawatan tamat sekitar jam 11 pagi dan secara keseluruhannya, lawatan ini dapat memberikan panduan dan juga motivasi kepada semua pekerja Audit Dalam dalam melaksanakan amalan EKSA pada tahun hadapan.

Tarikh Input: 05/08/2019 | Kemaskini: 05/08/2019 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 1346
03-9769 6176
WVMBLAU:11:06