Kerja-kerja Sanitasi Bahagian Audit Dalam | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Kerja-kerja Sanitasi Bahagian Audit Dalam

Kerja-kerja Sanitasi Bahagian Audit Dalam

Berita disediakan oleh : En. Mohd Nasarudin Ismail

 

Jumaat, 1 Oktober 2021, Bahagian Audit Dalam melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (Audit Dalam) telah melaksanakan inisiatif kendiri kerja-kerja sanitasi di keseluruhan bahagian pejabat.

Kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan pada pagi 1 Oktober 2021 bermula jam 0730. Hanya seorang pekerja terlibat iaitu Encik Mohd Nasarudin Ismail dalam perlaksanaan berikut memandangkan ia merupakan suatu tugas mudah dan tidak rumit.

 

 

 

Tujuan tugas tersebut dilaksanakan awal pagi adalah bagi membolehkan ia selesai menjelang jam 0800 pagi agar tidak mengganggu perlaksanaan tugas hakiki mereka yang hadir bertugas di pejabat.

 

 

 

Secara keseluruhannya, pihak JKKP Audit Dalam mendapati objektif aktiviti ini tercapai dengan berjayanya mensanitasi hampir keseluruhan kawasan pejabat dan dengan harapan ia dapat membantu dalam mencegah penularan wabak covid-19 serta melahirkan persekitaran ruang kerja yang lebih bersih dan selamat. #KITAJAGAKITA

 

 

 

                                                                                       

Tarikh Input: 04/10/2021 | Kemaskini: 05/10/2021 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEaLAX~