Berita Oleh : Nurrul Syakira Bakhtiar, Pegawai Kewangan Bahagian Audit Dalam
Serdang, 7 Februari 2023 – Satu bengkel pemantapan tugasan pengauditan anjuran Bahagian Audit Dalam telah diadakan pada 7 Februari 2023 (Selasa) bertempat di Thinker Space 2.0 Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Bengkel yang dilaksanakan ini bertujuan untuk berkongsi dan menambahbaik pelaksanaan tugas – tugas pengauditan serta meningkatkan kerjasama dikalangan pekerja di Bahagian Audit Dalam.
Bengkel yang bermula pada jam 8.30 pagi dimulakan dengan aktiviti di dalam kumpulan. Di ikuti dengan slot pertama di mana sesi pembentangan kertas kerja dan laporan audit oleh kumpulan audit (kumpulan 1, 2 dan 3). Seterusnya pada sebelah petang, bengkel diteruskan dengan slot kedua iaitu pembentangan dan perkongsian oleh panel jemputan, Tuan Haji Jalani Hassan (Mantan Ketua Audit Dalam Universiti Malaya). Bengkel telah berakhir pada jam 5.00 petang.
Secara keseluruhannya, penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan yang lebih baik dalam pelaksanaan tugasan pengauditan dan dapat mewujudkan sikap yang positif serta menambahbaik kualiti kerja di kalangan pekerja di Bahagian Audit Dalam.
Tarikh Input: 24/02/2023 | Kemaskini: 24/02/2023 | faiz_suparman
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.