KEMPEN KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » KEMPEN KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI

KEMPEN KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI

Berita disediakan oleh : Pn. Nur Asyikin Yusoff (Pen. Akauntan)

 

Serdang, 30 Mac 2022- Jawatankuasa EKSA Bahagian Audit Dalam sekali lagi telah menganjurkan Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai pada 30 Mac 2022 (Rabu) yang lalu.

 

Kempen pada kali ini diadakan bersama dengan Syarikat Tree Cycle. Kempen tahun ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana pada tahun ini melibatkan pertandingan pengumpulan minyak masak terpakai terbanyak antara zon yang melibatkan Zon A dan Zon B. Zon yang dapat mengumpulkan minyak masak terpakai terbanyak akan diberikan ganjaran. Minyak masak terpakai telah berjaya dijual sebanyak RM141.25 bagi 56.5 liter secara keseluruhan dengan kadar harga RM2.50 per liter.

 

Zon A telah mengumpulkan sebanyak 29.6kg minyak masak terpakai manakala Zon B pula sebanyak 26.9kg dan ini melayakkan Zon A muncul sebagai pemenang Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai kali ini.

 

Tarikh Input: 22/04/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 1346
03-9769 6176
WVMBLA:11:43