JAMUAN HARI RAYA BAHAGIAN AUDIT DALAM | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » JAMUAN HARI RAYA BAHAGIAN AUDIT DALAM

JAMUAN HARI RAYA BAHAGIAN AUDIT DALAM

Oleh : Cik Shariffah Hazirah Binti Syed Jainal Abidin

 

Serdang 21 Jun 2019 (Jumaat) – Bahagian Audit Dalam telah mengadakan jamuan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 pada 20 Syawal 1440H bertempat di Bangunan Audit Dalam (bangunan ‘Putra Business School’ lama) UPM.

 

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu undangan daripada pekerja Unit Integriti, Bahagian Pentadbiran Pejabat Naib Canselor dan bekas kakitangan Audit Dalam.

 

Mereka disajikan dengan pelbagai jenis makanan yang disediakan secara ‘potluck’. Menu utama ialah Nasi Tomato. Manakala menu yang disediakan secara ‘potluck’ oleh pekerja Audit Dalam adalah nasi impit, lemang, rendang ayam, daging dendeng, spageti, satey, ayam black pepper, laksam, dan sup cendawan, . Selain itu, terdapat juga manisan yang turut dihidangkan seperti brownies, pavlova, cream puff, kuih seri muka, agar-agar buah, pudding marble, koktail buah dan aneka jenis kuih raya.

 

 

 

 

 

    

 

Semoga Majlis yang telah diadakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pekerja Audit Dalam dengan tetamu-tetamu yang hadir. Pihak Audit Dalam mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang sudi meluangkan masa memeriahkan lagi jamuan ini. Walau setahun sekali, Hari Raya pasti membawa seribu makna apabila diraikan bersama. Terima kasih daun keladi, semoga kita berjumpa lagi.

 

 

Tarikh Input: 15/07/2019 | Kemaskini: 15/07/2019 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 1346
03-9769 6176
WVMBLA:11:16