GOTONG ROYONG EKSA SIRI 1/2023 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » GOTONG ROYONG EKSA SIRI 1/2023

GOTONG ROYONG EKSA SIRI 1/2023

Berita disediakan oleh : Pn. Nurfarah Hanani Abdul Hamed (Pegawai Kewangan, Bahagian Audit Dalam)

 

UPM SERDANG, 21 MAC 2023 – Aktiviti gotong royong siri 1/2023 berjaya dilaksanakan hasil penglibatan seluruh warga Audit Dalam yang komited membudayakan amalan EKSA selaras dengan hasrat Universiti mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.

Aktiviti kali ini memfokuskan kepada penambahbaikan partition ruang kerja, pembersihan penghawa dingin dan mengemaskini Sudut Go Green. Sarapan pagi disediakan secara potluck sebelum aktiviti gotong royong bermula pada jam 9 pagi.

Pembahagian tugas adalah mengikut Zon EKSA. Zon A yang diketuai oleh En Nasaruddin diberi tanggungjawab untuk membersih dan mengemaskini Sudut Go Green serta membersihkan penapis penghawa dingin. Manakala Zon B yang diketuai oleh Pn Ezani diberi tanggungjawab menampal mirror sticker di partition pegawai bagi memastikan keseragaman di ruang kerja.

Aktiviti gotong royong berakhir pada jam 12.30 tengahari.

 

 

 

Tarikh Input: 20/03/2023 | Kemaskini: 31/03/2023 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEdXAq~