Oleh: Sharul Azman Ramli
Serdang- Bahagian Audit Dalam UPM mematuhi IIA's Standards for The Profesional Practice of Internal Auditing berdasarkan penilaian bebas yang telah dilaksanakan oleh pihak Institute of Internal Auditors Malaysia (IIA Malaysia).
Penilaian bebas telah dilaksanakan oleh IIA Malaysia yang diwakili oleh Puan Nur Hayati Baharudin dan En. Muhammad Nazim Ab. Rahim pada 6 hingga 8 Jun 2017 di Universiti Putra Malaysia. Proses penilaian melibatkan proses semakan dokumen dan ujian keatas prosedur dan hasil penilian kendiri. Penilaian juga melibatkan temuduga yang dibuat dengan Pengerusi Jawatankuasa Audit UPM, Naib Canselor UPM, Pendaftar UPM, Bursar UPM, Ketua dan Staf Bahagian Audit Dalam UPM.
Secara keseluruhannya, berdasarkan peniliaian bebas yang dilaksanakan, pihak IIA Malaysia merumuskan Bahagian Audit Dalam telah mematuhi (Generally Conforms) IIA's Standards for The Professional Practice of Internal Auditing.
Puan Nur Hayati Baharudin selaku Ketua Penilai Bebas menyatakan aktiviti audit Bahagian Audit Dalam telah dibuat mengikut Standard yang ditetapkan dan setanding dengan aktiviti Audit Dalam Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang lain.
Ketua Bahagian Audit Dalam UPM, Pn. Zainora Abdul Talib bersyukur di atas pengiktirafan ini. Pengiktirafan ini adalah penting sebagai penanda aras bagi memastikan pengauditan dibuat dengan betul dan mengikut Standard Pengauditan Antarabangsa.
Tarikh Input: 17/08/2017 | Kemaskini: 20/09/2017 | faiz_suparman
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.