AUDIT PEMANTAUAN SEMAKAN 2 QMS DAN ISMS OLEH SIRIM TAHUN 2023 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » AUDIT PEMANTAUAN SEMAKAN 2 QMS DAN ISMS OLEH SIRIM TAHUN 2023

AUDIT PEMANTAUAN SEMAKAN 2 QMS DAN ISMS OLEH SIRIM TAHUN 2023

Berita disediakan oleh: Pn. Balqis Md Ruslan

 

13 Oktober 2023, Serdang – Pada 9 hingga 13 Oktober 2023, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan Audit Pemantauan Semakan 2, Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 oleh SIRIM. Audit ini bertujuan untuk menilai pematuhan UPM yang berterusan terhadap keperluan-keperluan piawaian yang ditetapkan oleh badan pensijilan.  Seramai 10 orang Juruaudit QMS dan tiga (3) org Juruuadit ISMS yang telah hadir mengaudit di UPM pada tahun ini yang melibatkan 37 PTJ (skop QMS) dan 13 PTJ (skop ISMS). Bahagian Audit Dalam telah menjalani audit pada 13 Oktober 2023 (Jumaat).

Mesyuarat Penutupan Audit telah diadakan di Dewan Senat, Bangunan Canselori Putra dan dipengerusikan oleh Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Wakil Pengurusan, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti serta wakil-wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ). Wakil PTJ Kampus Bintulu dan Institut Antarabangsa dan Sains Akuatik (i-AQUAS), Port Dickson turut hadir secara dalam talian.

Alhamdulillah, UPM telah berjaya melepasi audit dan laporan telah dibentang oleh Ketua Pasukan Audit SIRIM QMS dan ISMS semasa Mesyuarat Penutupan pada 13 Oktober 2023. Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima laporan penemuan audit sebagaimana berikut:

  1. QMS: 3 Laporan Ketakakuran (NCR), 20 Peluang Penambahbaikan (OFI).
  2. ISMS: 0 NCR, 8 OFI.

Tahniah kepada semua warga UPM dalam memastikan Sistem Pengurusan Kualiti dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat di UPM dalam keadaan yang baik dan mematuhi keperluan yang ditetapkan sebagaimana Standard MS ISO 9001:2015 dan MS ISO/IEC 27001:2013.

 

Tarikh Input: 27/10/2023 | Kemaskini: 27/10/2023 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEeAAS~