PERBEZAAN ANTARA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN, PERINTAH BERKURUNG DAN DARURAT | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» ARTIKEL » PERBEZAAN ANTARA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN, PERINTAH BERKURUNG DAN DARURAT

PERBEZAAN ANTARA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN, PERINTAH BERKURUNG DAN DARURAT

PERBEZAAN ANTARA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN, PERINTAH BERKURUNG DAN DARURAT

 

Artikel disediakan oleh : En. Zainal Abidin Ahmad (Penolong Akauntan)

Sumber Gambar : Mstar.com.my

 

Perintah kawalan pergerakan

 

Perintah kawalan pergerakan ialah perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan mengarahkan orang ramai supaya menghadkan pergerakan dan tidak ke luar negara dalam jangka waktu yang tertentu.

Meskipun tidak boleh ke luar negara atau menyertai sebarang program keramaian, tetapi masyarakat masih dibenarkan untuk melakukan urusan penting seperti membuat urusan di bank mahupun membeli keperluan harian serta ubat-ubatan.

Dengan erti kata lain ialah elak aktiviti sosial. Benar ia umpama satu gangguan tetapi matlamat akhirnya untuk merendahkan lengkung epidemik.

 

Perintah berkurung

Perintah berkurung pula melibatkan tentera, kita belum sampai ke tahap itu, yang mana orang kena duduk dalam rumah dan tidak boleh keluar.

Perintah berkurung ini adalah perintah yang tidak membenarkan sesiapa pun melakukan sebarang aktiviti di luar kediaman mereka termasuk keluar untuk membeli makanan dan sebagainya.

Itu adalah kerana untuk memberi laluan kepada pihak keselamatan menjalankan tugas mengenal pasti penjenayah atau penceroboh yang cuba memasuki negara.

 

Darurat

Berlainan pula dengan darurat. Darurat bawah Perlembagaan Persekutuan hanya boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong, seperti peruntukan dalam Perkara 150.

Hasil daripada pengisytiharan darurat, pucuk pimpinan negara diambil alih tentera, apa-apa saja undang-undang boleh diluluskan, meskipun melanggar Perlembagaan Persekutuan dan pilihan raya juga boleh ditangguh.

Antara contoh undang-undang yang diluluskan semasa darurat adalah Ordinan Darurat 1969, yang membolehkan kerajaan membuat penahanan tanpa bicara.

Jadi, jangan fikir sejauh itu! Sama-sama kita berdoa agar dunia kembali bebas daripada wabak yang bergelar Covid 19!

 

Tarikh Input: 20/04/2020 | Kemaskini: 20/04/2020 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 1346
03-9769 6176
WVMBLAw:11:24