KEJURUTERAAN SISTEM APLIKASI : TEKNIK DAN IMPLEMENTASI | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» ARTIKEL » KEJURUTERAAN SISTEM APLIKASI : TEKNIK DAN IMPLEMENTASI

KEJURUTERAAN SISTEM APLIKASI : TEKNIK DAN IMPLEMENTASI

Carian artikel oleh : En. Mohd Azis Bin Abdullah 

Sumber : Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

 

KEJURUTERAAN SISTEM APLIKASI : TEKNIK DAN IMPLEMENTASI

Pembangunan sistem aplikasi merupakan salah satu bidang dalam teknologi ICT yang menghasilkan sistem aplikasi bagi menyedia perkhidmatan dalam talian atau secara digital kepada pengguna. Kejayaan pembangunan sistem aplikasi bergantung kepada sejauh mana kecekapan pelaksanaan akitiviti-aktiviti dalam metodologi pembangunan sistem.

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah membangunkankan kerangka kerja kejuruteraan sistem aplikasi sector awam melalui Buku Panduan Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam (KRISA) mengambil kira amalan terbaik teknik dan kaedah yang digunakan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan sistem aplikasi dengan memberi fokus kepada bagaimana melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut dan apakah serahan yang perlu dihasilkan pada setiap fasa kitar hayat pembangunan sistem.

Metodologi KRISA meliputi 6 fasa utama yang perlu difahami, diguna pakai dan dilaksanakan. Setiap fasa menerangkan aktiviti, teknik dan pendekatan, serta dokumentasi serahan seperti rangka kerja berikut:-

 

Beberapa pertimbangan utama perlu diambil kira bagi menjamin kejayaan pelaksanaan projek pembangunan sistem aplikasi, di samping memastikan sistem aplikasi yang dibangunkan adalah berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna. Pertimbangan- pertimbangan tersebut adalah Tadbir Urus Pengurusan Projek ICT, Penglibatan Pemegang Taruh, Pengurusan Kawalan Pindaan, Jaminan Kualiti Perisian (SQA), Faktor Keselamatan ICT dan Kepentingan Pengukuran Saiz Sistem.

 

 

Tarikh Input: 30/08/2021 | Kemaskini: 30/08/2021 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 1346
03-9769 6176
WVMBLA6:11:06